Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shahir mengaku simpati dengan kekasihnya Erra Fazira - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shahir mengaku simpati dengan kekasihnya Erra Fazira

Penyanyi, Shahir Zawawi, 29, mengakui bersimpati dengan kekasihnya, Erra Fazira, kerana terpaksa berdepan kontroversi mengenai hubungan mereka bersendirian.

Shahir memberitahu, sebagai lelaki dia sepatutnya berada di depan untuk mengulas mengenai hubungan mereka.

“Saya akui agak segan untuk berkongsi perkara peribadi. Namun, jika ditanya, saya tidak keberatan untuk membuka mulut mengenai hubungan kami.

“Saya akui simpati dengan Erra kerana terpaksa berdepan dan menjawab seorang diri. Tapi, Erra lebih menonjol dalam industri seni menyebabkan media banyak bertanya kepadanya mengenai hal kami,” katanya ketika ditemui pemberita di konsert akhir Gema Gegar Vaganza, di sini, sebentar tadi.

Akui juara program realiti Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu, beliau dan Erra menjalin hubungan serius.

Malah, Shahir berharap menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin.

“Langkah seterusnya, doakan agar hubungan kami dipermudahkan. Apabila tiba masanya, saya akan berkongsi dengan semua,” katanya.

Tambah Shahir, beliau bersedia membuat kemunculan semula selepas tiga tahun menyepi daripada industri seni.

“Sekarang, masa agak suntuk disebabkan Ramadan yang hampir tiba. Mungkin selepas Aidilfitri saya ada ‘buah tangan’ istimewa buat peminat yang terus menyokong saya hingga sekarang,” katanya

 

Sumber: BH Online



Sumber Shahir mengaku simpati dengan kekasihnya Erra Fazira

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qIqiM4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.