Tentera Patahkan Cubaan Seludup Gula Dan Minuman Keras Di Serikin
KUCHING: Rejimen ke-4 Kor Armor Diraja (4KAD) pada Sabtu berjaya mematahkan cubaan menyeludup 480 botol minuman keras dan 150 kilo gula ke negara jiran dalam operasi OPS AWAS di perbatasan Serikin – Kalimantan Barat, Indonesia, 80 kilometer dari Bandaraya Kuching.
Jurucakap Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, pasukan 4KAD yang melakukan rondaan di kawasan tersebut menahan 3 orang lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berusia 40 -56 tahun.
“Pemeriksaan terperinci terhadap 3 suspek mendapati sebanyak 480 botol minuman keras dan 150kg gula cuba dibawa keluar dari sempadan melalui laluan ladang kelapa sawit Tangga Akrab, Kg Tong Nibong menggunakan motorikal,” katanya
Beliau berkata, pihaknya kemudian membuat laporan polis dan menyerahkan 3 PATI serta barang rampasan termasuk 2 buah motosikal kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk tindakan lanjut. – Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qK74Up
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment