Hi! Welcome Back and Stay Tune! 39 Saksi Dipanggil Bagi Kenyataan Berhubung Tragedi Berbasikal Yang Meragut 8 Nyawa. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

39 Saksi Dipanggil Bagi Kenyataan Berhubung Tragedi Berbasikal Yang Meragut 8 Nyawa.

Kes kemalangan paling ngeri yang membabitkan lapan remaja berbasikal yang maut selepas sebuah kenderaan melanggar mereka

Johor Baharu – Kes kemalangan paling ngeri yang membabitkan lapan remaja berbasikal yang maut selepas sebuah kenderaan melanggar mereka semua masih lagi segar di ingatan netizen.

Kejadian yang amat menyayat hati ini masih lagi belum mendapat pengadilan yang sewajarnya dan kes terbabit masih lagi berjalan di makhamah.

Terbaru, seramai 39 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah Majistret Trafik di sini pada perbicaraan seorang jurujual wanita yang dituduh memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja pada Februari lalu.

Sam Ka Ting, 22 tahun, sebelum ini mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan memandu kereta secara melulu dan berbahaya di Jalan Lingkaran Dalam sehingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal.

Majistret Siti Hajar Ali turut menetapkan 14 hari untuk perbicaraan itu antara 28 Ogos hingga 7 Disember 2017.

Perbicaraan akan berlangsung dari 28 hingga 30 Ogos, 4 hingga 7 September, 28 hingga 30 November dan 4 hingga 7 Disember.

Tarikh itu dicadangkan pihak pendakwaan yang diketuai Pengarah Pendakwaan negeri Roslan Mat Nor dan dipersetujui pihak pembelaan yang diwakili peguam Faizal Mokhtar Terdahulu pihak pendakwaan memaklumkan semua dokumen yang diperlukan membabitkan kes itu sudah diserahkan kepada pihak pembelaan dan mahkamah menetapkan hari ini sebagai sebutan akhir kes.

Sam didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000 selain lesen memandu digantung. – Bernama



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t63c0P

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.