Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja Dipukul Dan Diliwat Akhirnya Meninggal Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja Dipukul Dan Diliwat Akhirnya Meninggal Dunia

GEORGE TOWN, 15 Jun (Bernama) — Remaja lelaki yang dibuli dan dipukul sehingga mengalami kecederaan parah oleh sekumpulan remaja awal pagi Sabtu lepas di Jalan Kaki Bukit, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata pihaknya menerima maklumat daripada HPP mengenai kematian T. Nhaveen, 18, pada 6 petang ini.

“Remaja itu yang cedera parah dalam kejadian berkenaan dilaporkan mati otak.Polis akan menjalankan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya di sini hari ini.

Katanya tiga remaja berusia 18 hingga 19 tahun yang tamat reman esok akan direman semula manakala dua pelajar tingkatan empat dan lima juga akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes tersebut.

Dalam kejadian 2.10 pagi Sabtu lalu, Nhaveen cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki manakala rakannya berusia 19 tahun melarikan diri untuk mendapatkan pertolongan.

— BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tqWVfr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.