Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis teliti semula kes buli dan pukul T. Nhaveen sebagai kes bunuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis teliti semula kes buli dan pukul T. Nhaveen sebagai kes bunuh

GEORGE TOWN: Polis tidak menolak kemungkinan untuk mengklasifikasikan kes pukul dan penderaan seksual remaja T.Nhaveen, 18, di Pulau Pinang sebagai kes bunuh dan akan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kematian remaja itu petang tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar melalui aplikasi Whatsapp berkata sebelum ini lima suspek berusia antara 16 dan 20 tahun disiasat mengikut seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata.

Susulan kematian mangsa, pihak polis akan meneliti semula siasatan kes  berkenaan bagi membolehkan kes disiasat dibawah seksyen 302 iaitu membunuh.

Dalam kejadian Sabtu lalu, Nhaveen dilaporkan dipukul oleh sekumpulan lelaki berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, George Town.

Remaja itu dipukul sehingga menyebabkan dia mengalami mati otak dan pemeriksaan hospital mendapati duburnya turut terkoyak dipercayai akibat kemasukan objek keras.

Sementara itu, suasana kesedihan menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) susulan kematian Nhaveen.

Ahli keluarga dan rakan mangsa, berkumpul sejak petang Khamis sebaik mendapat berita mengenai kematiannya.

Nhaveen yang mati otak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ( ICU) Hpp sejak enam hari lalu selepas dipukul sekumpulan lelaki disahkan meninggal dunia kira kira jam 5.30 petang.

Difahamkan upacara penghormatan terakhir Nhaveen dijangka diadakan esok selepas urusan bedah siasat selesai.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvKOS1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.