Hi! Welcome Back and Stay Tune! TNhaveen Mangsa Buli dan Liwt Sekumpulan Lelaki Di Penang Meninggal Dunia Hari Ini PM Najib Akan Ambil Tindakan Tegas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TNhaveen Mangsa Buli dan Liwt Sekumpulan Lelaki Di Penang Meninggal Dunia Hari Ini PM Najib Akan Ambil Tindakan Tegas

T.Nhaveen, Mangsa Buli & Liw@t Sekumpulan Lelaki Di Penang Meninggal Dunia Hari Ini. PM Najib Akan Ambil Tindakan Tegas !!!| GEORGE TOWN: Remaja lelaki, T. Nhaveen, mangsa buli dan pukul oleh sekumpulan lelaki di Jalan Kaki Bukit, Gelugor, Sabtu lalu meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang, hari ini. Nhaveen, 18, yang berada dalam keadaan mati otak dan hanya dibantu alat pernafasan menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 5.30 petang.

Berita kematian Nhaveen disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar dalam satu kenyataan lewat petang tadi.Setakat ini ,keluarga mangsa masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung kematiannya. Dalam kejadian pada Sabtu, mangsa serta seorang lagi rakannya, T.Previin, 19, dilapor dipukul oleh sekumpulan lelaki dengan menggunakan topi keledar serta ditumbuk dan ditendang hingga parah.

Selain mengalami kecederaan parah sehingga disahkan mati otak, Nhaveen turut mengalami kecederaan di bahagian dubur manakala Pareviin mengalami kecederaan di bahagian muka. Ketika kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan keluar untuk membeli burger berdekatan kawasan rumah, sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang memukul mereka menggunakan topi keledar.

Ekoran kejadian itu,polis telah menahan lima suspek berusia 16 hingga 18 tahun untuk membantu siasatan dan mereka mengakui memukul mangsa dalam kejadian terbabit. Selepas enam hari berada di Unit Rawatan Rapi, Nhaveen meninggal dunia di sisi ahli keluarga.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keadilan dan tindakan tegas akan diambil berikutan kematian T. Nhaveen, 18, yang dipukul dengan ganas dalam serangan oleh sekumpulan lelaki di Jalan Kaki Bukit, Georgetown Sabtu lepas.

Remaja itu meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada 6 petang hari ini. Menyatakan rasa sedihnya atas kematian T.Nhaveen, Najib mengucapkan takziah kepada keluarganya. Sedih mendapat berita kematian T.Nhaveen. Takziah kepada keluarganya. Keadilan dan tindakan tegas akan diambil terhadap penyerangnya, kata beliau dalam catatan di Twitter.

Dalam kejadian itu yang berlaku pada 2.10 pagi, mangsa dan seorang lain, masing-masing berusia 18 dan 19 tahun, sedang membeli burger bila mereka ternampak dua lelaki yang mereka kenali dan mereka mula ejek-mengejek, sebelum enam suspek lain tiba.

Dua mangsa itu dipercayai telah dipukul dengan helmet, serta ditumbuk dan ditendang oleh kumpulan itu sebelum mangsa berusia 19 tahun sempat melarikan diri dan memberitahu bapa saudaranya mengenai kejadian itu.

Sumber: Astro Awani

The post T.Nhaveen, Mangsa Buli & Liw@t Sekumpulan Lelaki Di Penang Meninggal Dunia Hari Ini. PM Najib Akan Ambil Tindakan Tegas !!! appeared first on SIAKAP KELL.

Sumber: 1citemalaya

Sumber: 1citemalaya



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvHZ37

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.