Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 maut 66 cedera dalam letupan di depan tadika - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 maut 66 cedera dalam letupan di depan tadika

7 maut 66 cedera dalam letupan di depan tadika

1.png

XUZHOU, CHINA – Sekurang-kurangnya 7 mangsa maut dan 66 cedera dalam letupan yang berlaku di depan sebuah tadika, lapor Daily Mail.

Dalam kejadian yang berlaku jam 4.50 petang di depan Tadika Chuangxin di Daerah Feng, letupan itu berlaku ketika golongan ibu bapa sedang menunggu untuk mengambil anak masing-masing.

Menurut laporan media tempatan, dua mangsa maut di tempat kejadian, manakala lima lagi mangsa meninggal dunia di hospital. Sementara itu, 9 lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat punca letupan berkenaan.

Gambar dan video di tempat kejadian yang menunjukkan kanak-kanak serta orang dewasa terbaring di jalan raya tersebar di media sosial. Ada beberapa mangsa dilihat turut mengalami pendarahan. Letupan yang kuat itu juga menyebabkan pakaian beberapa mangsa terkoyak.

Video pula menunjukkan detik-detik letupan itu berlaku yang mengejutkan orang ramai yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.

“Sekitar jam 5 petang, kami terdengar bunyi letupan yang besar dan menyangka ia letupan gas di kedai makan berhampiran,” kata pemilik kedai di kawasan itu.

Sumber: pixelperfext



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s54lHj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.