Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guna 6 Bahan Termasuk Kismis, Dah Boleh Buat Cornflakes Madu Yang Rangup Dan Berkhasiat! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guna 6 Bahan Termasuk Kismis, Dah Boleh Buat Cornflakes Madu Yang Rangup Dan Berkhasiat!

Mesti ramai tercari- cari Cornflakes Madu yang rangup, manis manis dan sesedap rasa. Yang paling penting, senang nak buat, tak terlalu teknikal, tak ‘complicated’, anak-anak boleh tolong dan tak perlukan skil yang tinggi. Inilah resipi yang dicari cari. Cepat share di wall anda sebab bulan puasa ini banyak resipi melintas. Nanti dah tak ingat nak rujuk mana. Kongsikan supaya orang lain boleh dapat manfaat juga. Tambahan pula, resipi cornflakes madu ini ada kismis juga yang ternyata bagus untuk anak-anak!

BAHAN-BAHAN CORNFLAKES MADU

Guna 6 bahan sahaja spt di bwh:

1. Cornflakes 600g
2. Marjerin 125g
3. 1 cawan madu
4. 1 cawan gula perang
5. 125g buahan campuran (pilihan)
6. 50g kepingan badam (pilihan)

LANGKAH-LANGKAH

#1. Mula mula cairkan marjerin

#2. Kemudian masukkan gula perang

#3. Terus masukkan madu. Semua bahan ini masak dengan api sederhana kecil hingga sebati.

#4. Apabila telah sebati, masukkan cornflakes. Resipi ini sesuai untuk sukatan cornflakes 600g. Jika cornflakes kurang dari sukatan kemungkinan bancuhan agak basah. Tak mengapa, cuma setelah dibakar madu akan melekat kuat pada paper cup.

#5. Kemudian masukkan buah-buahan campuran tadi.

#6. Kemudian masukkan kepingan badam tadi. Badam sangat bagus untuk otak dan rasa lemak kekacang ini apabila dimakan dengan cornflakes akan menambah kesedapannya.

#7. Kemudian gaul sebati ke semua bahan tadi.

#8. Kemudian masukkan ke dalam paper cup. Bolehlah buat kerahan tenaga dengan memanggil anak anak tolong sekali.

#9. Kemudian bakar pada suhu 160 darjah selama lebih kurang 10 minit. Tip membakar:

Suhu pembakaran dan lama masa diambil adalah varies mengikut jenis oven, kuantiti bahan yang dibakar dan saiz oven. Sebaiknya kenal oven sendiri supaya kita dapat sesuaikan kerana selalunya resipi yang kita perolehi diinternet, kita tak pasti sumber penulisannya. Kemungkinan mereka menulis berdasarkan pengalaman mereka menggunakan oven industri. Oven industri dengan oven di rumah tak sama output.

Jadi saya syorkan mulakan dengan suhu rendah (160 darjah kerana suhu normal untuk pembakaran biskut selalu ditulis 180 darjah) dan panjangkan masa pembakaran. Cornflakes ini satu bahan yang nipis dan kudah masak. Jika suhu tinggi dikhuatiri cepat hangus jika kita tak biasa dengan berapa lama masa yang perlu diambil untuk masak. Masak hingga warna bertukat keemasan.

#10. Alhamdulillah, cantik kejadian cornflakes madu kita yang dah masak berwarna keemasan. Bolehlah packing dalam balang untuk rumah kita satu, rumah mak kita satu dan rumah mak mertua satu. Siap! Apa lagi… Jom kita buat. Mudah sahaja ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Rafiza Idayu via siraplimau



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ssLmXY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.