Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masuk Rumah Orang Dalam Keadaan Bogel , Lelaki Cedera Parah Dibelasah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masuk Rumah Orang Dalam Keadaan Bogel , Lelaki Cedera Parah Dibelasah


KUCHING: Seorang lelaki dalam keadaan bogel dibelasah orang awam selepas dikatakan menceroboh dua rumah di Kuching City Mall, Jalan Express Batu 4 di sini, malam kelmarin.


Menurut sumber, suspek berusia 21 tahun berasal dari Taman Samarindah, Kota Samarahan itu terdahulu dilihat mencurigakan dengan menunggang sebuah motosikal sebelum bertindak memanjat masuk ke dalam dua rumah tanpa sebarang pakaian.

“Suspek bagaimanapun berjaya ditangkap oleh beberapa orang awam yang menyedari perkara tersebut dan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek bertindak agresif dalam usaha melarikan diri,” kata sumber.
Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan laporan berhubung kejadian juga telah dibuat oleh pemilik salah sebuah rumah yang dicerobohi suspek.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu suspek direman selama dua hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

“Suspek telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh anggota dari unit Kereta Peronda Polis (MPV) untuk rawatan dan seterusnya direman selama dua hari bermula hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan. -Utusan Borneo Online



Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t5zN75

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.