Makan Ketam Bernilai RM9,600 Tapi Pihak Restoran Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar
Sekiranya anda hidup untuk makan, mungkin anda setuju bahawa makanan adalah salah satu perkara yang terbaik dalam kehidupan. Tapi, berapa ramai yang sanggup berbelanja ribuan ringgit hanya untuk satu jenis makanan?
Apa yang terjadi kepada pengunjung sebuah restoran ini apabila menerima bil sangat mengejutkan dirinya. Lelaki ini berkunjung ke sebuah restoran makanan laut yang terletak di Straits Quay, Pulau Pinang. Beliau memesan Alaskan King Crab bernilai RM9636!
Lelaki tersebut berjaya merakam gambar bil yang salah dan terus memuat naik gambar tersebut di Facebooknya dengan dakwaan yang tidak tepat. Lelaki itu memuat naik gambar tersebut dengan niat untuk menghentam restoran tersebut kerana mengenakan caj yang tidak masuk akal itu.
Netizen juga terkejut melihat resit makanan tersebut dan gambar tersebut mula menjadi viral di sosial media. Malangnya buat lelaki tersebut, restoran makanan laut tersebut menjelaskan keadaan sebenar bahawa bil tersebut sebenarnya adalah satu kesilapan.
Ketam seberat 2.2kg itu hanyalah bernilai RM963 tetapi disebabkan keadaan pada masa itu agak sibuk, salah seorang kakitangan restoran tersebut dengan tidak sengaja tersalah menekan nombor ‘6’ di hujungnya menjadikan harga ketam itu RM9636.
Bil tersebut dihantar kepada lelaki tersebut namun berjaya disedari oleh kakitangan tersebut dan dengan segera membetulkan kesilapannya. Seperti yang dapat dilihat dalam gambar waktu yang tertera dalam resit yang baru berjumlah RM1,465.70.
Restoran makanan itu menjelaskan yang ianya hanyalah kesilapan kecil. Malah resit itu juga tertulis sudah dibatalkan. Salah seorang jurucakap restoran itu memberitahu:
‘Jika dilihat melalui waktu yang tertera di resit berkenaan, kesalahan tersebut telah dibetulkan. Kami berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat’.
Untuk makluman, sesuatu perniagaan difitnah seperti mana apa yang berlaku kepada restoran makanan laut tersebut, perniagaan tersebut boleh menyaman mereka yang membuat cerita palsu atau fitnah. Oleh itu, berhati-hatilah apabila memuat naik sesuatu perkara walaupun ianya hanyalah sekeping gambar ataupun status kerana ianya boleh menjejaskan reputasi seseorang.
Sumber- www.kakishare.my
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t61DQA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment