Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja Dipukul Serta Diliwat Meninggal Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja Dipukul Serta Diliwat Meninggal Dunia

T. Nhaveen meninggal dunia pada Khamis selepas dipukul oleh sekumpulan remaja empat hari lalu. T Nhaveen,18, ditemui tidak sedarkan diri pada Sabtu malam lalu di Jalan Kaki Bukit di Bukit Gelugor, George Town.

George Town – T. Nhaveen meninggal dunia pada Khamis selepas dipukul oleh sekumpulan remaja empat hari lalu.

T Nhaveen,18, ditemui tidak sedarkan diri pada Sabtu malam lalu di Jalan Kaki Bukit di Bukit Gelugor, George Town.

Nhaveen yang sebelum ini telah dilaporkan telah dipukul serta diliwat dan terdapat kesan lecur di bahagian belakang badannya dipercayai dilakukan oleh sekumpulan pemuda di luar sebuah kedai burger yang terletak berhampiran sebuah masjid di Gelugor Jumaat lepas.


Nhaveen pada mulanya telah diisytiharkan “mati otak” di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang.

Susulan laporan yang diterima, pihak polis telah menahan 5 suspek berusia antara 16 hingga 18, atas dakwaan merusuh.

Menurut ahli keluarga mangsa yang ditemui di hospital, Nhaveen dan sahabat baiknya, Previin, 19, yang bekerja sebagai promoter di sebuah pasar raya di Bayan Lepas sedang menunggu untuk kembali ke kolej.

Nhaveen sepatutnya pulang ke kolejnya yang terletak di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pada Jumaat, selepas syif malam, Nhaveen dan Previin pergi ke sebuah kedai burger yang terletak di luar Masjid Taman Tun Sardon berhampiran rumah mereka untuk makan malam.

Di sana, mereka terjumpa 2 bekas rakan sekolah yang mula mencemuh Nhaveen. Dua individu itu didakwa membuli Nhaveen sejak di sekolah kerana bersifat keperempuanan.

Nhaveen merayu 2 bekas rakannya supaya berhenti, tetapi sebaliknya mereka menghubungi rakan mereka dan 6 lelaki bermotosikal tiba di tempat kejadian.

Mereka kemudian memukul Nhaveen dan Previin berulang kali dengan topi keledar.Salah seorang pemuda memaksa Nhaveen ke padang berhampiran di Jalan Kaki Bukit.

Sementara itu, Previin, melarikan diri dari tempat kejadian dan kemudian mendapat rawatan untuk kecederaan yang dialami di Hospital Pulau Pinang.

Apa yang berlaku di padang tidak diketahui, tetapi Nhaveen yang tidak sedarkan diri dibawa abang kepada salah seorang penyerang ke Hospital Pulau Pinang pada 2.00 pagi Sabtu.

Di sana, kakitangan di unit kecemasan merawat kecederaan parah di kepala Nhaveen dan luka di bahagian kemaluan yang berdarah.

Nhaveen kemudiannya dimasukkan di wad neurologi unit rawatan rapi hospital itu.
Doktor memberitahu ahli keluarga terdapat bukti kesan tembus pada dubur Nhaveen dan juga kecederaan pada kemaluan dan kesan lecur di bahagian belakang badan.

Ibu Nhaveen telah mengadakan sidang akhbar bersama peguam Baljit Singh di hospital, menuntut pihak berkuasa hospital menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas Nhaveen.

Baljit, yang juga pengerusi biro undang-undang dan hak asasi Gerakan, menggesa polis supaya menyiasat perkara itu dengan teliti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata, 5 remaja yang berumur antara 16 dan 18 ditahan atas dakwaan merusuh.

Dua daripada 5 suspek yang ditahan pelajar tingkatan 5 manakala 2 lagi pelajar kolej dan suspek yang ke-5 tidak bekerja.

“Suspek mengakui terlibat dalam kejadian itu,” kata Anuar ketika dihubungi.

Namun begitu pada hari ini Nhaveen telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2swrAfc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.