Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Diorang ni dari China, bodoh, lahanat” – Pemandu Grab kutuk pelancong China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Diorang ni dari China, bodoh, lahanat” – Pemandu Grab kutuk pelancong China

KUALA LUMPUR – Malang nasib dua pelancong dari China yang dikutuk dan diperdayakan oleh seorang pemandu Grab yang tidak bertanggungjawab.

Video berdurasi 1 minit 6 saat itu menunjukkan, pemandu Grab berkenaan dengan selamba mengutuk dua penumpangnya dalam bahasa yang tidak difahami mereka, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Pemandu itu berkata, dia pening dengan dua penumpangnya itu yang dipercayai tidak fasih berbahasa inggeris menyebabkan dia sukar untuk berkomunikasi.

sumber: TheReporter

Bagi tujuan memperdayakan pasangan itu, pemandu terbabit kemudian merakam video dirinya yang kononnya untuk meraikan ulangtahun ke-5 perkhidmatan Grab Car. Dalam kesempatan itu, dia melemparkan kata-kata seperti bodoh, lahanat, sengal dan musibat.

“Si bengal dua orang ni pakai baju belang macam Zebra ni, aku rasa macam nak tepuk je kepala dia. Seronok beb dapat customer China,” katanya.

Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan pemandu Grab yang tidak bertanggungjawab itu dan secara tidak langsung telah memalukan imej Malaysia.

“Teruk benar akhlak budak. Ada tiga benda dia khianati. Yang pertama, maruah negara. Kedua, maruah bangsa dan ketiga yang paling penting tercemarnya syiar Islam,” kata Johar Bin Sanudin.

“Dia fikir kelakar?! Kurang ajar. Memalukan keluarga Melayu dan negara!” kata Noor Hisham Nur Hazelinah.

Tak perlu la nak kutuk-kutuk orang macam tu. Mentang-mentang orang tu tak faham. Bayangkan kalau kita pergi negara orang, orang asing buat macam tu kat kita. Memang jadi #GrabCelebrity la jawabnya..Kalau nak orang respect kat kita, kita kena respect kat orang lain.–Ikuti channel Telegram Friends of BN: http://ift.tt/2st4DZd

Posted by Friends of BN – Barisan Nasional on Wednesday, 14 June 2017

Rata-rata netizen mendesak pihak Grab mengambil tindakan terhadap pemandu terbabit yang telah mencemarkan imej perkhidmatan Grab.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2stbK45

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.