Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja Maut Ditikam Guna Senjata Tajam Dalam Satu Pergaduhan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja Maut Ditikam Guna Senjata Tajam Dalam Satu Pergaduhan

Seorang remaja maut dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam dalam kejadian di Desa Senadin, malam tadi.

Miri – Seorang remaja maut dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam dalam kejadian di Desa Senadin, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata mangsa, Fadrick Lucas, 19, yang bekerja sebagai mekanik, dijumpai dalam keadaan terbaring di depan sebuah rumah di tepi jalan, tidak berbaju, mengalami kecederaan di kepala, badan dan jari.

Beliau berkata dalam kejadian 11 malam itu, mangsa dipercayai berjaya melarikan diri selepas diserang namun akibat kecederaan parah, mangsa gagal menyelamatkan diri.

“Kejadian berpunca daripada pergaduhan dua pelajar sebuah sekolah menengah di sini yang berlaku pada 12 tengah hari semalam.

“Ekoran daripada pergaduhan itu, mangsa dan beberapa rakannya telah ke Taman Jumbo, Desa Senadin untuk menyelesaikan masalah itu secara baik, namun diserang oleh beberapa suspek yang ada kaitan dengan kejadian pergaduhan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Stanley berkata polis berjaya menahan sembilan remaja lelaki termasuk lima pelajar tingkatan empat sekolah menengah terbabit untuk membantu siasatan.

“Empat suspek yang bukan pelajar sekolah berumur 19 hingga 20 tahun. Polis masih memburu suspek lain serta senjata yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kes pembunuhan tiada kaitan dengan gengsterisme dan menyifatkan ia hanyalah masalah peribadi. – Bernama



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t64qt0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.