Hi! Welcome Back and Stay Tune! Badminton: Chong Wei gagal ke suku akhir Terbuka Indonesia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Badminton: Chong Wei gagal ke suku akhir Terbuka Indonesia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei gagal ke peringkat suku akhir apabila dikejutkan dengan kekalahan di tangan pemain India H. S. Prannoy di pusingan kedua Kejohanan Terbuka Indonesia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta, hari ini.

Dalam aksi perlawanan selama 40 minit itu, Chong Wei yang kini berada di ranking ketiga dunia, tunduk kepada Prannoy yang berada di ranking ke-25, 10-21 dan 18-21.

Kekalahan itu sekali gus menggagalkan misi pemain berusia 34 tahun untuk memburu gelaran ketujuh Terbuka Indonesia.

Chong Wei pernah muncul juara Terbuka Indonesia sebanyak enam kali iaitu pada tahun 2007, 2009, 2010, 2011, 2013 dan 2016.

Rekod pencapaian Chong Wei itu menyamai rekod pemain lagenda badminton Indonesia Taufik Hidayat dan Ardy Wiranata.

Selain itu, Chong Wei juga merupakan pemain pertama bukan dari Indonesia yang memegang rekod kejuaraan Terbuka Indonesia terbanyak.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjTAOR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.