Inflasi Di United Kingdom Meningkat Pada Bulan Mei
Harga pengguna UK (Consumer Price Index, CPI) meningkat 0.3% pada Mei berbanding jangkaan kenaikan 0.1% pada bulan sama.
Dari tahun ke tahun atau dalam tempoh 12 bulan sehingga Mei kadar inflasi meningkat kepada 2.9% dari 2.7%. Jangkaan bagi data kali ini juga adalah kenaikan 2.7% dengan bacaan 2.9% adalah yang tertinggi sejak Jun 2013.
Terdapat tekanan yang tinggi dalam kadar inflasi dari aktiviti rekreasi dan barangan dan perkhidmatan. Harga makanan dan elektrik yang tinggi juga menyumbang kepada kenaikan inflasi kali ini. Manakala harga bahan api dan tiket penerbangan adalah penyumbang negatif kepada data kali ini.
Peningkatan dalam harga pengeluar kekal di paras 0.1% pada Mei dari 0.4% sebelum ini di mana harga input merosot 1.3% pada tempoh sama yang menunjukkan tekanan inflasi dari kesan kelemahan Sterling semakiin berkurangan.
Trend inflasi adalah penting kepada Bank of England (BoE) dengan dilema kepada penetapan polisi di mana keputusan pilihanraya UK yang memberi risiko kepada rundingan Brexit.
Walaupun bank pusat masih boleh bertoleransi dengan kenaikan terhad inflasi melebihi sasaran 2%, tetapi ada juga jangkaan kenaikan inflasi lebih tinggi akan berterusan dan memberi tekanan kepada perbelanjaan pengguna disebabkan pendapatan benar yang merosot.
Matawang Gbp mengukuh sedikit selepas data ini dikeluarkan pukul 4.30 petang tadi.
The post Inflasi Di United Kingdom Meningkat Pada Bulan Mei appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2swvKmB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment