Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mekanik berhati mulia [METROTV] - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mekanik berhati mulia [METROTV]

KERANA perasaan bersalah, mekanik yang mahu dikenali sebagai Azri, 37, memberi susu kepada anak anjing di kawasan sekitar bengkel tempat dia bekerja di Seksyen 24, Shah Alam, Sabtu lalu.

Tindakan Azri memberi susu kepada anak anjing terbabit sambil memegangnya dengan tangan berlapik plastik boleh dilihat menerusi video berdurasi 50 saat yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Azri berkata, sebelum itu dia tidak sengaja menghalau seekor anjing dari kawasan sekitar itu yang disangka mahu mengganggu kucing peliharaannya.

“Saya ada bela 10 kucing di bengkel ini. Kebetulan ada seekor anjing yang suka berlegar di kawasan ini.

Tiba-tiba saya dengar ia menyalak dan saya sangka ia mahu mengganggu kucing saya. Jadi saya halau anjing terbabit. Tetapi anjing itu seperti enggan pergi dari situ,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Tambahnya, keesokan harinya, dia dan rakan sekerja secara tidak sengaja terjumpa tiga ekor anak anjing di bawah beberapa kereta yang perlu dibaiki.

“Pagi Sabtu lalu hujan dan kemudian rakan saya ternampak anak anjing di bawah kereta yang kami baiki. Melihat anak-anak anjing itu, baru saya teringat semalam saya menghalau ibunya.

“Saya terus diselubungi perasaan bersalah kerana anak anjing itu masih kecil dan seperti kesejukan dan kelaparan. Sebab itu saya memberi minum susu,” katanya.

Menurut Azri, dia cuba menyediakan tempat yang lebih selamat dan selesa untuk anak-anak anjing terbabit dengan meletakkan ia di dalam kotak.

“Alhamdulillah, ibu anjing yang saya halau datang semula untuk mendapatkan anak-anaknya. Sekarang saya dah tak halau dan biarkan mereka bermain di sekitar kawasan ini,” katanya.

Mengulas mengenai videonya yang tular, kata Azri, dia tidak berniat mahu mencari publisiti menerusi video terbabit.

“Saya tak berniat langsung untuk mencari publisiti. Malah saya tidak perasan rakan saya sedang merakam video itu.

“Saya ikhlas memberi minum susu kepada anak anjing itu dan pada masa yang sama saya diselubungi perasaan bersalah. Lagipun saya memang sayangkan haiwan,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sY62VH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.