Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengusaha Selar Dakwaan Harumanis Jatuh Harga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengusaha Selar Dakwaan Harumanis Jatuh Harga

KANGAR – Dakwaan harga mangga Harumanis yang menjadi ikon negeri Perlis jatuh mendadak ke paras RM10 sekilogram kesan permintaan yang sedikit merosot tahun ini, adalah tidak berasas sama sekali, kata beberapa pengusaha tanaman itu.

Harga biasa mangga itu ialah RM25 sekilogram. Peniaga turut menafikan dakwaan itu.

Hakikatnya, rata-rata pengusaha kebun Harumanis secara komersial terkejut dan menyelar laporan berita sebuah akhbar yang tular di laman sosial sejak semalam.

Akhbar berkenaan melaporkan tentang harga dan permintaan terhadap mangga itu yang jatuh mendadak sehingga terpaksa dijual murah serta berlaku lambakan harumanis di pasaran.

Pengusaha komersial Harumanis Zulkifli Zakaria, 55, berkata permintaan terhadap mangga itu sedikit perlahan sejak dua minggu kebelakangan ini tetapi harganya masih stabil.

“Tak betul la kalau ada yang jual harumanis serendah RM10 kerana permintaan berkurangan. Jika diambil kira bermula daripada kos penanaman, pembungkusan dan upah pekerja pun sudah lebih.

“Saya hairan dengan dakwaan mengatakan harumanis tidak laku. Saya sendiri masih menjual dan memasarkan mangga itu di dalam dan luar Perlis seperti biasa kerana permintaan tidak pernah putus,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut Zulkifli, Harumanis dari kebunnya di Abi Selatan di sini, juga tidak mengalami masalah serius seperti jangkitan penyakit atau buah masak ranum serta membusuk di pokok.

“Harumanis ini bukan seperti mangga biasa. Proses menanam serta menjaganya perlu dibuat dengan rapi bagi mendapatkan hasil yang berkualiti,” kata beliau yang menjual Harumanis pada harga RM25 sekilogram dan RM21 kepada peniaga.

Pengusaha kebun Harumanis di Beseri di sini, Ruhaida Ramli, 56, turut menafikan berlaku kejatuhan harga Harumanis kerana permintaan masih banyak dari dalam dan luar Perlis.

“Permintaan memang banyak sampai tak menang tangan. Ada yang sanggup datang dari Negeri Sembilan untuk dapatkan Harumanis asli yang segar dari kebun dengan kualiti terbaik.

“Pada awal puasa hari tu sambutan agak perlahan bagi permintaan dari dalam Perlis, namun terus menggalakkan dari pelanggan luar terutama di Kuala Lumpur,” katanya yang mengusahakan kebun Harumanis seluas satu hektar bersama suami dan anak-anak.

Ruhaida berkata dia mengusahakan kebun mangga itu di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Perlis
dengan tanaman sebanyak 160 batang pokok serta menghasilkan kira-kira tujuh tan metrik Harumanis pada musim kali ini.

Ruhaida berkata beliau menjual Harumanis pada harga RM25 sekilogram, dan turut memproses buah-buah yang kurang menjadi atau bersaiz kecil (subgred) menjadi jus dan jem untuk dijual di Bazar Ramadan.

Bagi Zambri Zulkafly, 43, yang berniaga Harumanis sejak tiga tahun lalu berkata belum pernah terjadi kejatuhan harga mangga ikon Perlis hingga serendah itu, malah ketika ini harganya kekal stabil.

Beliau yang berniaga secara sambilan setiap kali tiba musim Harumanis akan mendapatkan bekalan segar dari ladang yang betul-betul menanam mangga itu dengan rapi serta menjaga kualiti buah yang dihasilkan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2relXOc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.