Hi! Welcome Back and Stay Tune! Larian Obor Sukan SEA berakhir di Kuching, obor dibawa ke Perlis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Larian Obor Sukan SEA berakhir di Kuching, obor dibawa ke Perlis

KUCHING: Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 tiba di bandar raya Kuching hari ini, selepas larian berkenaan merentasi Jambatan Sungai Batang Sadong, Samarahan semalam.

Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Snowdan Lawan membawa obor berkenaan menaiki perahu tambang dari Pangkalan Sapi menyeberangi Sungai Sarawak, dan disambut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di GoDown Amphithetre Tebingan Kuching.

Turut hadir, penyanyi popular tanah air Dayang Nurfaizah; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Ik Pahon Joyik.

Dari Tebingan Kuching, obor berkenaan dibawa ke Bangunan Mazma, Kuching oleh Dayang Nurfaizah serta beberapa pelari lain.

Abdul Karim berkata kira-kira 400 orang menyertai acara larian hari ini, sebelum obor itu dibawa dan diserahkan kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man oleh Snowdan pada 15 Jun ini, di Kuala Lumpur untuk larian di negeri berkenaan.

Katanya larian obor berkenaan di Sarawak bermula di Limbang dari Sabah, dan singgah di beberapa tempat termasuk Lawas, Miri, Gua Mulu, Bintulu, Sibu, Sri Aman dan Kota Samarahan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sY9gZh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.