Pembantu rumah nekad selepas terjun dari tingkat 19
SINGAPURA - Rakaman video seorang pembantu rumah warga Myanmar yang terjun dari tingkat 19 bangunan kondominium, petang semalam, viral di media sosial.
Dalam kejadian jam 7 petang di kondominium The Interlace semalam, wanita yang dipercayai warganegara Myanmar itu terdahulu dilihat duduk di belebas balkoni kediaman itu pada ketinggian tingkat 19.
Dalam video tersebut, kedengaran seorang wanita sedang cuba memujuknya untuk membatalkan niatnya itu dalam bahasa Myanmar.
Bagaimanapun, individu terbabit gagal memujuk mangsa yang kemudian bertindak terjun dalam keadaan tangan dan kakinya terbuka sebelum terhempas ke lantai.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menjerit ketakutan dan bertambah takut apabila terdengar bunyi hentakan kuat itu.
Sementara itu di media sosial, ada netizen berpandangan kemungkinan mangsa telah didera oleh majikannya sehingga memaksa dirinya untuk membunuh diri. Bagaimanapun, motif sebenar kejadian masih belum diketahui.
Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat kes berkenaan.
Sumber : GengViral
Sumber :
Sumber : jubahsemalam.com
✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6WDv3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment