Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malam Pertama Tiba2 Dipaksa Pakai Purdah. Tak Sangka Ini Rupa2nya NIAT PELIK Suami !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malam Pertama Tiba2 Dipaksa Pakai Purdah. Tak Sangka Ini Rupa2nya NIAT PELIK Suami !!!

Loading...

Nama saya Fatin. Saya sudah masuk 3 tahun berkahwin, tp sepanjang perkahwinan saya, saya tak happy…Mungkin luaran saya happy tapi dalaman saya tak happy..

Sekadar Gambar Hiasan.

Kisahnya bermula hari pertama nikah di masjid, baru setengah jam akad nikah dia suruh saya buang makeup sedangkan waktu tu ramai tetamu, sedara mara dan waktu tu kami masih dimasjid…saya malu nak buang sebab muka saya berjerawat.. Sedangkan di pernah hina saya muka jerawat…Malam pertama tu saya dipaksa untuk memakai purdah..saya enggan sebab saya belum bersedia nak pakai tp dia tetap memaksa. Dan tiba2 dia mengamuk dan campak jaket dia terkena zip jaket dimuka saya…Luka berdarah. Terkejut saya dengan sikap suami saya pada malam pertama. Saya menangis diam2 sebab saya taknak ibubapa saya dgr..Nak elak keluarga nampak luka di muka, saya pakai jugak purdah ikut kata suami..(beberapa bulan kemudian…..)

Selepas saya disahkan mngandung, 3 bulan saya ditampar dan diterkap suami dirumah maknya..sebab saya melawan cakap dia..mak mentua saya hanya ckp2 je tak buat apa2 tindakan tp abah mentua saya memng bekeras dgn dia sbb buat sy macamtu. mungkin hormon mgandung saya kuat melawan dia masatu..selepas kejadian tu dia berjanji tak buat lagi..

Saya sudah pon bersalin, melahirkan anak sulung kami…Saya jadi sedih, hari petama sy lahirkan anak, disebabkan dia mmg jenis cemburu buta,, dipaksa saya memakai purdah sedangkan masa tu saya baru besalin,,nafas pon tak cukup. Saya besalin di hospital kerajaan,,jadi siapa yang cek saya sama ada doc lelaki atau perempuan itu bukan kuasa saya..Masa tu ada doc pelatih lelaki bersama doc perempuan dtg cek keadaan saya dan baby,, masa tu bukan waktu melawat dan suami sy ketika itu berada disitu dan doc minta suami utk beredar sbb nk periksa saya..doc tu tegur saya, dia kata ‘suami awk tak suka lelaki tgk kan, macamtu juga pesakit lain’. Tesentap saya..lepas je doc tu cek, suami saya msg maki hamun saya ‘weh babi, sial apa nama doc perempuan tu?. Sial betul dia’. Saya cakap sy taknampak, tak perasan dia cakap saya perempuan bodoh. Saya taktahula kalau iman sy tak kuat, sy dah meroyan dah…tapi alhamdulillah tak.

Lepas keluar hospital,saya berpantang dirumah mak sy..yang buat sy stress, dia tak bagi sesiapa pegang anak sy,,org dtg jenguk dia kurung sy dan anak didalam bilik. Mak sy ketuk byk kali tp dia tak bagi buka…1 masa tu sy tak tahan juga,,dia terkam saya, cekek leher saya dan gigit pipi sy sebab sy melawan..dan dia juga paksa saya basuh baju sedangkan dia tahu jahitan bawah saya tu masih belum baik sebab jahitan koyak…

Bila kami pindah rumah kami sendiri,,dia maki hamun sy, bila gado selalu menyalahkan ibubapa saya…Ada malam tu, dia balik mgkn dia ada sakit hati dgn sy pagi tu, dia tampar muka sy, sampai mata sy berdarah…ya Allah, sy bg dia peluang lagi, dan dia janji tak buat lagi..

Ok sekarang memng dia takde naik tangan dgn sy,,nampak perubahannya tp effect pada saya…saya mmg akan melawan dia, ckp kasar dan bila gado sy rasa benci ya amat sampai nk dia mati…dia selalu ckp bila gado nk.lepaskan sy..saya jadi lagi marah,, baling2 brang dan apa saja…

Nak tanya warga krt, mungkinkah sy ada sakit meroyan? disebabkan kisah silam yg sy pendam? mohon bantuan..sy bukan nk riak, tp sy solat tak tinggal, boleh mengaji dan buat ibadah sunat..tp bila dgn suami saya jadi sy benci dia…sy kesian pada anak yg masih kecik…terima kasih semua..

Sumber : Fatin via KRT

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rrnfEN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.