Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lontaran emas Ziyad cipta sejarah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lontaran emas Ziyad cipta sejarah

ATLET paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli mencipta sejarah apabila meraih pingat emas acara lontar peluru pada Kejohanan Trek dan Padang Terbuka Thailand di Kompleks Sukan Universiti Thammasat di Bangkok hari ini.

Muhammad Ziyad melakukan lontaran sejauh 17.07 meter pada lontaran kelima untuk mengatasi dua atlet tuan rumah, yang masing-masing melakukan lontaran 16.80m dan 16.53m untuk memenangi pingat perak dan gangsa.

Terdahulu, pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu melakukan lontaran pertama sejauh 16.67m, 17.00m (kedua), 15.83m (ketiga) dan 16.07m (keempat).

Muhammad Ziyad turut menewaskan rakan senegara, Adi Aliffuddin Hussin yang juga pemenang pingat gangsa Sukan SEA Singapura 2015 yang sekadar menduduki tangga keempat dengan lontaran sejauh 15.96m.

Untuk rekod, lontaran dibuat Muhammad Ziyad itu mengatasi catatan pemenang pingat perak Sukan SEA 2015, Chatchawal Polyiam dari Thailand yang melakukan lontaran sejauh 17.05m di temasya berkenaan.

"Alhamdulillah, dapat mengharumkan nama negara sekali lagi di Thailand Open (Terbuka Thailand). Catatan balingan 17.07m di balingan kelima. Syukur tak terhingga," katanya menerusi akaun Instagram.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau mahu melihat Muhammad Ziyad dan seorang lagi atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly (lompat jauh) meraih pingat di temasya Sukan SEA ke-29.

"Cabaran saya kepada Ziyad dan Latif sebab mereka sudah layak dan disenaraikan untuk menjadi atlet bagi Sukan SEA adalah untuk menang bertanding dengan atlet normal yang lain. "Harapan saya untuk Ziyad dan Latif pada tahun ini, agar mereka dapat menang pingat di Sukan SEA, bukan di Sukan Para ASEAN sebab saya rasa mereka akan menang pingat emas (Para ASEAN)," katanya.

Seramai 1,000 peserta terdiri daripada atlet kebangsaan, bekas atlet, penggiat sukan dan mereka terbabit dalam bidang sukan turut serta dalam program dialog berkenaan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2regJSy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.