Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khairul Kamarudin, CEO baru Bank Islam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khairul Kamarudin, CEO baru Bank Islam

KUALA LUMPUR: BIMB Holdings Berhad telah melantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru bagi unit perbankan kumpulan tersebut.

Perlantikan Khairul sebagai CEO Bank Islam Malaysia Berhad adalah untuk selama tiga tahun, bermula pada 14 Jun 2017.

Merujuk kepada kenyataan rasmi ke Bursa Malaysia, BIMB Holdings Berhad menyatakan bahawa Khairul juga merangkap jawatan Pengerusi bagi dua buah badan di dalam kumpulan tersebut, iaitu Farihan Corp Sdn Bhd dan BIMB Investment Management Bhd.

Khairul menggantikan bekas CEO Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat, 59, yang telah menamatkan tugasnya sebagai CEO Kumpulan BIMB Holdings Bhd dan Pengarah Urusan Bank Islam pada Jumaat lalu.

Penggantian Zukri menjadi tanda tanya besar bagi industri perbankan Islam ini.

Antara spekulasi yang wujud bagi mereka yang menggantikan Zukri termasuk beberapa personaliti perbankan dari Tabung Haji, bank-bank Islam lain di negara ini, malah timbul ura-ura mengatakan ahli korporat yang telah bersara juga mungkin mengambil alih tempatnya.

Dalam temuramah bersama Bernama pada 25 Mei lalu, Zukri telah menyatakan bahawa perlantikan CEO baru untuk Bank Islam lebih elok diberi kepada ‘orang dalam’ dan bukannya ‘orang luar’.

Katanya, “calon dalaman telah dikenalpasti oleh BIMB Holdings Berhad dan ia telah diumumkan kepada badan berkuasa. Sebarang keputusan akan diumumkan oleh pihak tertentu.” 

Khairul mula bertugas di Bank Islam pada akhir tahun 2005.

Sepanjang 12 tahun berkhidmat dengan Bank Islam, beliau pernah mengendali pelbagai tugasan, termasuk menjadi Pengarah Pembangunan Perniagaan, sebelum menjawat jawatan Timbalan Ketua Eksekutif.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rWCjOr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.