Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia bakal mempunyai kompleks olahraga tertutup pertama di Asia Tenggara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia bakal mempunyai kompleks olahraga tertutup pertama di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membina sebuah kompleks olahraga tertutup bertaraf antarabangsa pertama di Asia Tenggara sebagai langkah menggandakan usaha membangunkan sukan olahraga di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata idea tersebut merupakan aspirasi terhadap kejayaan tiga atlet paralimpik olahraga iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly yang telah mengharumkan nama negara di temasya Sukan Paralimpik Rio 2016.

Khairy berkata kompleks tertutup tersebut bakal dibangunkan di atas tapak balapan dan padang bola sepak Kompleks Sukan Kampung Pandan yang meliputi kawasan seluas kira-kira satu ekar.

"Ia kini dalam peringkat terakhir untuk kita memuktamadkan skop pembangunan kompleks sukan tersebut. Pembangunan ini akan dibuat di atas tapak yang mempunyai balapan dan padang seluas 1 ekar lebih.

"Kompleks tersebut akan dilengkapi dengan trek larian, padang sintetik, gelanggang serbaguna dan juga beberapa kemudahan sukan lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) bersama warga sukan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini, hari ini.

Bagaimanapun Khairy berkata projek pembangunan tersebut masih dalam proses menanti kertas kerja daripada mana-mana pihak yang berminat.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sYgVGQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.