Hi! Welcome Back and Stay Tune! VILLA NABILA DIJADIKAN TEMPAT TINGGAL RATUSAN EKOR ANJING APA YANG DILALUI OLEH PENJAGA ANJING NI MENYERAMKAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

VILLA NABILA DIJADIKAN TEMPAT TINGGAL RATUSAN EKOR ANJING APA YANG DILALUI OLEH PENJAGA ANJING NI MENYERAMKAN

Villa Nabila Dijadikan Tempat Tinggal Ratusan Ekor Anjing. Apa Yang Dilalui Oleh Penjaga Anjing ni MENYERAMKAN !!! | Sebuah pertubuhan yang melindungi anjing terbiar telah mengambil inisiatif menggunakan ruang sebuah banglo terbiar selama lebih 70 tahun sebagai pusat perlindungan haiwan itu.

Companion Animal Rescue Effort Society (Cares) Johor telah menjadikan villa berhantu terkenal di Johor, Villa Nabila sebagai tempat tinggal ratusan ekor anjing di bawah jagaan mereka.

Bagi mereka yang lupa, Villa Nabila pernah menjadi bualan ramai selepas seorang remaja lelaki dilaporkan hilang ketika mengunjungi villa itu bersama rakan-rakan pada November 2013. Villa itu lebih menjadi perhatian selepas kisah mistik di rumah berkenaan difilemkan pada tahun 2015.

Pengasas dan pengerusi Cares, Joseph Chia telah menjadikan villa sebesar 75,000 kaki persegi berdekatan Danga Bay itu sebagai tempat perlindungan anjing terbiar selepas mendapat kebenaran dari pemilik terkini villa berkenaan, Mr. Lim Sue Heng yang berasal dari Singapura.

Menurut Chia, pada mulanya Lim memintanya untuk menjadi penjaga rumah itu buat sementara kira-kira 10 bulan lalu, jadi dia membuat keputusan untuk meletakkan tiga hingga empat ekor anjing untuk menghalang mana-mana penceroboh di kawasan berkenaan. Namun, selepas beberapa ketika, Chia meminta izin Lim untuk menempatkan anjing-anjing terbiar yang dijaganya di villa berkenaan.

Oleh kerana saya datang ke sini setiap hari untuk memberi makan kepada anjing, saya terus meminta izin pemilik villa untuk memanfaatkan tempat ini dengan menjadikannya tempat perlindungan anjing terbiar. Lim bersetuju dengan permintaan saya. kata Chia.

Semenjak 13 tahun lalu, Cares menjadi tempat perlindungan lebih kurang 200 ekor anjing yang terletak di Lima Kedai di Gelang Patah. Namun kawasan itu sukar untuk ditemui jadi ia menyusahkan mereka yang mahu datang dan mengambil anjing untuk dijaga.

Disebabkan itu, Chia mengambil keputusan untuk memindahkan mereka di Villa Nabila kerana lokasinya yang strategik terletak di tengah bandar.

Apabila ditanya jika berlaku perkara-perkara pelik sepanjang berada di villa itu, Chia akui tidak pernah lalui apa apa pengalaman pelik namun beberapa pengunjung dan pembantu menceritakan kepadanya pengalaman ngeri mereka ketika datang menjenguk anjing-anjing itu.

Seorang sukarelawan bersumpah dengan saya bahawa dia ternampak seorang wanita berpakaian serba putih berada di tingkat dua villa itu.

Pembantu saya dari Filipina memberitahu ternampak bayangan hantu di pondok pengawal.

Saya juga perasan anjing-anjing ini membataskan pergerakan, mereka tidak akan pergi ke sesuatu tempat dan sering menyalak di tandas tingkat bawah. Sangat pelik kerana apabila saya periksa, tiada apa yang saya jumpa di dalam tandas tersebut, kata Chia.

Chia akui sangat gembira selepas dapat menempatkan anjing-anjing itu semua di tempat yang lebih baik.

Kita mungkin takut dan fikir tentang villa itu yang berhantu namun bagi kesemua anjing itu, ianya sudah cukup memadai bagi mereka apabila ditempatkan di kawasan terbuka dan bebas daripada dikurung di dalam sangkar.

Sumber : The Star. & Companion Animal Rescue Effort Society (Cares) Johor



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sYcuMb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.