Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ubah Mentaliti Miskin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ubah Mentaliti Miskin

Ubah Mentaliti Miskin

Salam. Aku baru follow page secara tak sengaja sebab wife aku share 1 perkongsian menarik dari page ni lepas tu aku like page ni. Jadi silent reader since then tengok macam2 luahan orang yang aku assume masih lagi muda dan majoriti melayu.

Lately aku tengok banyak luahan pasal kerjaya. Mostly sebab susah dapat kerja, kerja gaji sikit, dapat kerja tapi tak puas hati, sedih tak dapat kerja kerajaan dan juga bermacam2 lagi luahan pasal kerjaya dan wang.

Aku terpanggil nak tulis kat sini, nak seru korang semua, berbangsa melayu yang masih muda supaya ubah mentaliti pasal kerjaya ni. Instead of korang semua stress pasal cari kerja atau komplen pasal kerja sekarang yang korang tak happy, apa kata korang pulak yang create pekerjaan kat orang? Jadi usahawan, berniaga dan jadi job creator!

Ya, bukan mudah tapi mentaliti kena ubah. Siapa kata korang ada degree menjamin hidup senang lenang? Sedar tak yang kita semua ni dah trapped dalam sistem di mana kita semua jadi hamba kepada kapitalis2 di luar sana? Di saat korang membuat luahan kat sini para kapitalis sedang bersenang lenang menikmati hasil kekayaan yang diperoleh dari hasil usaha kita semua.

Zaman orang graduate lepas tu kerja pakai kot bawak kereta besar dah lama berlalu. Sekarang zaman GST, zaman sape lambat dia derita. Zaman siapa relek dia melepet. Yang kaya makin kaya, yang miskin bertambah miskin jika mentaliti masih di takuk lama.

Sudah2lah mengharapkan kerja kerajaan. It is so 30 years ago. Berapa ramai kerajaan boleh tanggung? Bila dah kerja kerajaan nanti baru sedar gaji sikit. Lepas tu marah juga kerajaan x bagi bonus. Yg lebih teruk makan rasuah. Nauzubillah.

Just nak share sikit my own experience. Aku dulu pun started with nothing. Bukan keluarga kaya. Graduated 11 tahun lalu bekerja di beberapa syarikat sehingga menjawat jawatan penting dalam usia yg muda di syarikat besar. Aku all out dalam kerjaya makan gaji dan akhirnya aku sedar diri aku dimanipulasi dan tekad untuk berhenti kerja dan berniaga dengan niat memperkukuh institusi ekonomi ummah.

Perniagaan yang aku suruh korang ceburi bukan perniagaan MLM. Bukan investment goyang kaki, cari orang dapat duit. Bukan skim Forex. Akan tetapi sebuah perusahaan sebenar yang boleh memberi manfaat kepada orang lain i.e : pekerja dan pelanggan.

Mulakan perniagaan dengan apa yang korang ada atau apa yang korang pakar. Contohnya, kalau korang pandai baking, cuba jual roti/kek. Kemudian disiplinkan diri dan cuba kembangkan perniagaan tersebut ke bidang2 lain.

Sekarang ni cukup senang nak berniaga dalam zaman sosial media ni. Marketing di mana2. Tak perlu modal besar pun. Cuba korang bayangkan berapa banyak peluang pekerjaan yang korang boleh cipta? Cuba korang bayangkan bila perniagaan korang berjaya, anak2 korang xperlu lagi menjaja resume, tak payah komplen tak dapat kerja sebab tak tau cakap mandarin. Best kan?

Kat Malaysia ni bangla dengan indon pun boleh kaya. Nak tak nak je. Modal? Banyak agensi yang bagi bantuan modal. Cuba google. Bersepah. Tapi of course lah x mudah sgt nak dapat. Kena buat paperwork etc. So? Belajarlah buat paperwork! Belajar buat projection cashflow!

Its not gonna be easy tapi cuba mulakan sesuatu. Berhenti meratapi nasib diri, berhenti komplen dan berharap pada yg simpati. Mulakan langkah pertama. Ubah mentaliti miskin.

Usaha. Tawakkal. Doa.

Amir

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2reifnP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.