Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kami memang serius” – Shahir mengaku dah 3 tahun bercinta dengan Erra Fazira - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kami memang serius” – Shahir mengaku dah 3 tahun bercinta dengan Erra Fazira

Penyanyi Shahir Zawawi, 28, bersedia bertemu keluarga Erra Fazira, namun masih menanti masa yang sesuai melakukannya.

"Kami memang serius" - Shahir mengaku dah 3 tahun bercinta dengan Erra Fazira

“Kami memang serius” – Shahir mengaku dah 3 tahun bercinta dengan Erra Fazira

Mengakui pernah bertemu ahli keluarga Erra sebelum ini, Shahir yang juga juara program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim kelapan enggan berkongsi secara terperinci mengenainya kerana menganggap ia sebagai perkara peribadi.

“Saya juga tidak mahu lagi melengahkan perkara yang baik. Saya mohon semua supaya mendoakan yang terbaik untuk kami berdua. Memang kami merancang, tetapi Allah yang menentukan semuanya. Sampai masa, saya akan berkongsi segala-galanya.

“Cuma, ketika ini belum ada tarikh pasti dan saya juga perlu menghormati pihak lain. Saya faham situasi Erra yang terpaksa menjawab pelbagai pertanyaan. Apa yang dapat saya katakan, kami berdua memang serius,” katanya.

Mengakui sudah tiga tahun menjalin cinta, Shahir berkata, mereka sempat berbuka puasa bersama, baru-baru ini biarpun masing-masing sibuk dengan pelbagai aktiviti.

“Sepanjang Ramadan, saya berada di ibu kota memenuhi beberapa undangan berbuka puasa dan program TV. Diikutkan kami berdua memang sibuk, tetapi saya tetap mencuri masa menemaninya berbuka.

“Saya juga berhasrat membawa Erra menunaikan solat tarawih, tetapi masih belum berkesempatan,” katanya ketika ditemui di Himpunan Artis Sayang Al-Quran 2.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam

Terbaharu, Shahir akan menjalani penggambaran drama terbitan Skop Production, My Darling Inspektor Daniel, yang turut dibintangi Erra.

Drama arahan Aziz M Osman itu menyaksikan Shahir akan beraksi dalam dua episod sebagai pelakon undangan.

“Erra adalah antara teraju utama, manakala saya sekadar muncul sebagai penampilan istimewa. Penggambaran drama ini sudah bermula, cuma saya belum lagi ke lokasi penggambaran. Mungkin minggu depan babak membabitkan saya akan dimulakan,” katanya.

Sumber: Bharian



Sumber “Kami memang serius” – Shahir mengaku dah 3 tahun bercinta dengan Erra Fazira

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t6D59k

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.