Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak 5 tahun mati didera bapa tiri di Felda Tenang, Hulu Besut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak 5 tahun mati didera bapa tiri di Felda Tenang, Hulu Besut

BESUT – Seorang kanak-kanak lelaki dari Felda Tenang, Hulu Besut meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh bapa tirinya awal pagi tadi.

 

Kanak-kanak 5 tahun mati didera bapa tiri di Felda Tenang, Hulu Besut

Kanak-kanak 5 tahun mati didera bapa tiri di Felda Tenang, Hulu Besut

Ekoran kejadian itu polis menahan seorang buruh lelaki berumur 38 tahun  yang dipercayai bertanggungjawab di atas kematian kanak-kanak berumur 5 tahun 2 bulan itu, hari ini.

Ketua Polis daerah Besut, Supritendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika mengesahkan kejadian itu berkata kanak-kanak itu dibawa sendiri oleh suspek untuk mendapatkan rawatan di Bilik Kecemasan, Hospital Daerah Besut kira-kira 3.30 pagi tadi tetapi mendapati mangsa telah meninggal dunia sebelum diberikan rawatan.

Katanya, semasa menghantar kanak-kanak itu mendapatkan rawatan , suspek mendakwa mangsa terjatuh dan dihempap motosikal yang dinaiki bersamanya di jalan ladang di tanah rancangan tersebut pada malam semalam.

“Bagaimanapun, doktor yang memeriksa mangsa mendapati terdapat kesan lebam lama dan baharu pada tubuh mangsa dan mengesyaki sesuatu sebelum melaporkan perkara itu kepada polis”, katanya dalam kenyataan media di sini petang ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal kecederaan mangsa serta keterangan yang diperoleh daripada ibu mangsa seorang suri rumah berumur 27 tahun, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohd Zamri berkata mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bagi menjalani bedah siasat oleh pakar forensik perubatan dari Kuala Lumpur esok.

Beliau berkata bapa tiri mangsa kini ditahan dan akan direman esok.

Suspek yang bekerja sebagai buruh didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan kes mendera kanak-kanak. – Bernama

Sumber: Sinar



Sumber Kanak-kanak 5 tahun mati didera bapa tiri di Felda Tenang, Hulu Besut

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uju2m3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.