Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerana Duit Raya RM5 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerana Duit Raya RM5

Kerana Duit Raya RM5

Assalamualaikum.

Aku nak kongsi pengalaman aku time raya di kampung beberapa hari lepas.

Aku ni tak kerja lagi, sebab belum habis belajar. Faham-faham la keadaan kewangan aku macam mana kan, dah nama pun pelajar. Aku ade la berniaga online dropship jual buku. Tak la untung banyak mana sangat. Tapi at least ade la duit poket sikit kan.

Bulan puasa hari tu ade la untung sikit-sikit, jadi aku niat nak la share sikit duit ni buat duit raya untuk anak-anak buah dan sepupu raya kali ni.

Tak banyak mana pun aku bagi, aku tukarkan RM 50 sekeping jadi RM5x10, so ade la 10 sampul duit raya.

Bila dah bagi sepupu aku yang kecik-kecik tu, ada la terselit satu sampul duit raya. Aku bukak ade RM 5 dua keping. Baru aku teringat makcik aku yang bagi masa raya kedua tu. Aku simpan je dalam purse aku. Alhamdulillah, wpun dah besar, dapat lagi duit raya.

Lepas tu kawan aku ajak jalan raya ke rumah sorang cikgu time sekolah rendah dulu. Paling baik la dengan aku dulu. Aku baru ingat yang cikgu tu ada sorang anak umur 11 tahun. Masa tu pulak aku tak bawak sampul duit raya lebih. Pastu aku ternampak sampul kuning yang terselit kat dalam purse aku (yg makcik aku bagi tu), terus aku bagi kat anak cikgu tu. Punya la seronok dia dapat raya. Aku cakap dalam hati, rezeki dia la RM5 dua keping tu.

Aku syak dia ada doakan aku la time dia terima sampul duit raya tu. Sebab sebelum aku bertolak balik ke rumah, makcik aku ade sedekah RM 50 pulak kat aku. Subhanallah, besar sungguh kuasa sedekah tu! Padahal masa aku bagi tu seriously ade la sikit rase macam rugi, sbb orang bagi duit raya kt kita yang sengkek ni, of course la aku nak simpan dan kumpul duit-duit yang orang bagi even rm5 dua keping.

Bila aku fikir-fikir balik, sedekah time kita sendiri pun sesak sangatlah Allah pandang, dan Allah kurniakan amaun yang lebih besar lagi pada kita.

Benda ni betul-betul mengetuk minda aku. Jangan tunggu hati ikhlas baru nak mula sedekah. Sedekah dulu sampai hati jadi ikhlas. Ikhlas sampai tahap kau tak berkira pun nak sedekah RM 100 spontanous.

Aku doakan semoga Allah lembutkan hati-hati kita untuk jadi pemurah dan bersedekah tak kira time susah atau senang.

Sekian.

Miss N

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u2eweP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.