Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cousin Lelaki Paling Baik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cousin Lelaki Paling Baik

Cousin Lelaki Paling Baik

Cousin Lelaki Paling Baik

Assalamualaikum. Aku buat confession ni untuk dijadikan contoh je. Aku nak cerita pasal cousin lelaki aku. Merangkap adik susuan aku. Aku bg nama A lah. Aku umur 21 dan si A ni muda setahun. Dia ada abang umur tua setahun dari aku. Aku bg nama abang Z lah. Ada adik perempuan tingkatan 4 sorang adik lelaki dalam umur 6 tahun sorang.

Si A ni baik wei. Aku dengan A ni rapat. Dh adik beradik susuan. Batas jaga macam adik kakak je lah. Tapi sebab A ni tinggal jauh aku jarang jumpa. Si A ni ambik degree dlm enggineering. Masa aku kecik2 dulu si A ni pendiam. Malu kalah pempuan woo. Kalau nk ajak dia main kena pujuk 15 minit. Jenuh nakk.

Sepupu sepapat aku ramai. Selalu jumpa bila dekat2 nk raya. Dekat rumah nenek aku ada surau. Pakcik2 aku selalu suruh sepupu2 aku yang azan. Memang dari kecik si A x pernah azan sekali pun. Sekali masa bulan puasa baru2 ni si A ni azan. Terkejut terharu habis nenek aku. Aku pun terkejut. Solat pun dia jadik imam. Imam tu biasa. Bab azan tu luar biasa lah sikit kot.

A ni berlembut sangat. Even dengan aku sekalipun. Gaya A ni sempoi. Macam budak lelaki biasa kau pernah tengok. X adalah sampai kopiah doplohpat jam. Hensem. A memang hensem. Aku sebagai kakak ni yang dh tenung dia selama hidup ni x adalah aku nk puji.

Pehal aku kata A ni lembut. Adik dia yang kecik tu memang hobi dia mengamuk. Kalau dia mengamuk ibu dia pun dia boleh nk pukul. Tapi pukul budak macam mana sangat. Ada sekali aku pergi beraya sekali dengan famaly A ni. Nenek aku pun ikut sekali. Otw nk balik, adik dia memgamuk sebab nk beli lighter. Kenaoa lighter? Jangan tanya aku. Aku x tahu.

Time adik dia mengamuk tu dia nk pukul nenek aku. Abang Z tangkap tangan adik dia dan cakap kalau adik pukul nenek, abang campak kat luar. Menangis x habis2. Bising tahu tak? Dh lah nk pukul nenek. Jangan kurang ajar sangat. Diam. aku ingat diam ah. Haroom x berenti pun dia nangis beb.

Sebab nk pukul nenek aku tak dapat adik dia nk pukul ibu dia pulak. Tapi kali ni A yang tarik tangan adik dia. Lepas tu dia peluk adik dia wei. Dia cakap kenapa nangis? Adik nk buat apa dengan lighter? Bahaya dik. Tak baik nk pukul ibu. Takpe2 nanti sampai rumah nenek angah belikan adik lighter. Kita main sama2.. Tak diam jugak. Adik dia siap letak semua hingus kat dalam hidung masa nangis tu kat tangan dan kesat tangan dia kat baju raya si A. Kau rasa? Kalau aku memang 6 kaki bawah tanah dh budak tu. Tapi x dengan A. Dia macam mengeluh bila baju dia kotor tapi tetap peluk adik dia dan pujuk sampai berenti nangis. Abang Z ketap gigi. Marah kot.

Setiap kali aku balik cuti aku balik dengan abang Z. Jadi memang selalu aku singgah rumah makcik aku tu dulu. Biasa aku sampai dalam petang dekat maghrib. Aku selalu tengok A siap2 pakai wangi2 pergi surau dekat rumah dia. Kadang2 dia jadi imam kat surau tu

Masa aku nk balik raya baru2 ni. Aku singgah dan tengok si A ni tengah tekap avuan kuih raya wei. 6 jenis kuih raya. Dia tolong ibu ngn adik perempuan dia buat kuih. Terkejut gak aku sebab aku malas. Hahhaha.

Tu je kot. Semoga jadi teladan. K bye

older sis

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2skp0cx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.