'Pembangkang panik, gunakan DoJ untuk alih perhatian daripada isu RCI Forex'
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
1. Keputusan Kabinet untuk membentuk RCI bagi menyiasat kerugian forex yang dialami oleh Bank Negara - ada yang mengatakan pembabitan wang rakyat bernilai sehingga RM100 bilion - telah mewujudkan keadaan panik di kalangan pembangkang.
2. Kita semua maklum mengenai dalang yang bertanggungjawab terhadap kerugian besar ini dan pembangkang berada dalam keadaan huru-hara kerana tidak mahu kehilangan Mahathir Mohamad dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Mereka tahu jika kebenarannya diketahui umum, pembangkang dan kepimpinannya akan ditelanjangkan di khalayak ramai. Ini boleh membawa padah besar dalam pilihanraya nanti.3. Oleh itu, pembangkang tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mengitar semula laporan DoJ yang bermotivasi politik untuk membangkitkan isu 1MDB yang telah selesai. Ini hanyalah taktik lencongan.
4. Pembangkang dan proksi merekalah yang bertanggungjawab melibatkan campur tangan negara asing dalam negara kita yang demokratik dan berdaulat ini dengan memberi maklumat kepada DoJ, satu perbuatan khianat yang amat mengaibkan bagi memuaskan agenda politik demi kepentingan diri sendiri.
5. Pembangkang cuba memanipulasi laporan DoJ untuk mengalih tumpuan daripada isu RCI forex dan juga krisis dalaman yang berkaitan dengan keyakinan terhadap pucuk pimpinan Pribumi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sUWtsu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment