Hi! Welcome Back and Stay Tune! Budi Ayah dan Ibu Angkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Budi Ayah dan Ibu Angkat

Budi Ayah dan Ibu Angkat

Salam admin. Selamat hari raya . Maaf kalau panjang. Mungkin kisah saya tak sama mcm kisah2 keluarga diluar sana.

Masuk raya ni dah berapa kali abg tak balik rumah ayah. Dah bertahun dia beraya dekat belah isteri dia. Bukan sekali 2 tapi mmg tiap2 tahun raya sana dari ibu ada sehinggalah ibu tiada. Raya aidilfitri ke raya haji ke mmg semua sana. Malahan, 30 hari raya tu , sehari pon tak datang tengok ayah. Rumah die dengan rumah ayah bukannya jauh. 10 minit sampai. Kampung isteri yang jauh kena hadap jem berjam2 dia sanggup tempuh.

Saya dah lama terasa benda ni. Kami 2 beradik. Saya tinggal dengan ayah skrg. Saya nak kawankan ayah, tengok2kan ayah. Sebab sebelum ibu meninggal, ibu pesan jaga ayah. Tengok2kan ayah. Setiap kali raya, memang kami beraya berdua sejak ibu tiada sblm saya bernikah. Ya Allah sedih saya tengok ayah. Ayah makin tua. Kurang sihat. Ayah pernahlah cakap ada menantu pon tak mcm ada. Tak pernah layan dia mcm ayah. Cucu2 pon tak pernah anggap dia atuk. Sebab abg dan isteri dia lebihkan belah isteri. Besan ayah pon tak anggap ayah macam besan. Saya tengok ayah macam tak wujud dalam hidup abg lagi.

Ayah dan arwah ibu dlu mmg tak berapa gemar akak ipar sbb dia ada perangai buruk dia tapi sebabkan abg mahukan akak. Ibu pinangkan mcm anak dara padahal janda anak 2. Ibu mana tak sayangkan anak. Ibu ikutkan kehendak abang. Mcm2 ibu dan ayah buat untuk abg. Abg bnyak kali buat hal, hidup abg tunggang langgang. Berhutang dan mcm2 lagi. Isteri dan anak2 dia dlu ayah dan ibu yang tanggung. Menumpang duduk di rumah kampung. Memakan hasil kebun untuk berniaga. 1 sen ibu dan ayah tak minta. Tapi abg mcm tak igt jasa ibu dan ayah. Dah senang sedikit, dia hanya utamakan keluarga isteri dia. Pergi ke sana ke mari

Pernah saya suarakan kenapa abg tak buat tanggungjawab sebagai anak lelaki? Isteri abg kenapa tak hormat ayah,? Sedangkan keluarga belah isteri abg ramai, tentu dia paham ikatan kekeluargaan dan silaturahim itu penting. Tapi sebaliknya pula. Abg kata dia tak mampu tak ada masa untuk ayah sebab hidup dia pon tak berapa stabil. Ayah pernah mntak abg tolong, tapi abg bagi alasan mcm2. Sampai ayah mungkin terasa, jadi setiap kali ada apa2 ayah akan rujuk saya.

Saya pernah dimaki dengan isteri abg, katanya saya ni menyusahkan ayah, membebankan ayah, tak hormat ayah, malahan suruh saya berambus keluar dari rumah yang saya duduk skrg ini. Sebabnya saya menyakitkan hati ayah. Siap kata saya tak sedar diri. Hina saya dan kata jgn anggap dia siapa2. Puncanya saya menegur kenapa tak dtg melihat ayah. Tapi bila susah pandai pula datang cari ayah. Saya tak minta isteri abg hormat saya sebagai adik atau apa sahaja yang dia nak gelar saya. Kalau saya tak hormat ayah, saya pon blh buat macam abg dan isteri abg buat. Tak endahkan ayah lgsg. Saya ni perempuan, saya kena dengar cakap suami saya. Saya blh je keluar dari rumah ni yang bukan saya duduk free2 dan ddk dengan suami saya ditempat lain. Tapi saya tak mahu, saya ingt janji saya dengan arwah ibu. Saya cuma mahu abg dan isteri tolong hormat ayah, ayah dah tua, dia terasa tapi dia tak pernah cakap. Tapi saya tahu dia sedih terkilan bila abg buat mcm tu kat dia. Saya bertekak dengan abg, kami adik beradik tapi kenapa isteri abg masuk campur dengan urusan kami. Suami saya sdiri kata , selesaikan masalah sdiri. Dia tak mahu masuk cmpur selagi masih terkawal.

Tadi saya bertanya dengan ayah, adakah saya menyusahkan ayah, membebankan ayah selama ayah menjaga saya dari kecil hingga besar. Adakah ayah mahu saya dan suami keluar dari rumah ini. Adakah saya menghambakan ayah dan menyakitkan hati ayah selama ni. Tidakkah saya cuba berbakti pada ayah? Sedih saya bila bertanya begitu pada ayah. Ayah cuma berkata , ayah tiada ape masalah, ayah tak kisah. Jika abg dan saya tidak mahu menjaga ayah pon dia tahu sebab kami berdua anak angkat. Patutlah ayah tak pernah tegur perangai abg, sebab dia tahu abg anak angkat , pada pkiran ayah abg anak angkat jadi kalau abg tak mahu membalas jasa pon tak apelah. Sebab ayah bukan ayah kandung abg. Sampai begitu sekali ayah terasa. Sedih jawapan ayah.

Saya pon anak angkat, saya tahu asal usul menumpang dalam hidup ayah dan arwah ibu. Sebab tu saya masih disini, saya nak blas jasa ayah, jaga ayah, bagi ayah rasa ada anak dan cucu2 insyaAllah sementara Allah bagi peluang. Saya dah kehilangan arwah ibu tanpa sempat saya berbakti kerana sibuk bekerja membantu ayah dan ibu yang sakit. Mohon semua doakan saya dan suami dikurniakan rezeki dan anak supaya ayah boleh merasa ada keluarga. Terima kasih pada suami saya sebab paham keadaan keluarga saya. Mohon maaf kepada keluarga mertua jika saya terkurang bahasa dan sebagainya. InsyaAllah, saya akan didik anak2 saya supaya sentiasa menyayangi kedua ibu bapa mertua dan juga ayah saya. Saya tak mahu ibu bapa mertua saya rasa benda yang sama ayah rasa.

Wahai anak2, berbaktilah kepada ibu bapamu. Tidak kiralah anak kandung atau anak angkat. Jika kau benci sekali pon dengan org tua mu sapa2 lah mereka. Wahai isteri2 dan menantu, igtlah mertuamu. Suamimu ada tanggungjawab terhadap keluarga. Jagalah hati mereka.KEBERKATAN dari ibu bapa itu penting. Terima kasih admin.

Assalamualaikum.

Saya sayang ayah

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s5FNf2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.