Anak istimewa bukan beban
KELETAHNYA yang bersahaja mencuit hati namun pada masa sama menimbulkan rasa sebak di hati sesiapa yang melihatnya.
Ini kerana sekalipun Muhamad Raif Hakimi Hata sudah berusia sembilan tahun, susuk tubuhnya seperti kanak-kanak berusia setahun.
Dilahirkan dalam keadaan kurang oksigen ketika dalam kandungan, anak bongsu daripada dua beradik itu turut memiliki saiz kepala lebih besar berbanding kanak-kanak normal menyebabkan anak istimewa ini hanya mampu terlantar.
“Menjaga Muhamad Raif tidak susah kerana saya tidak perlu membawanya ke hospital untuk sebarang rawatan, saya hanya perlu memberinya makanan tambahan,” kata ibunya Ainizahnor Zakaria di Shah Alam.
Ainizahnor, 49, yang juga ibu tunggal dan tidak bekerja, berkata, dia tidak menganggap kehadiran Muhamad Raif sebagai beban.
Katanya dia juga reda dengan ketentuan Illahi selepas ditinggalkan suami selepas Muhamad Raif dilahirkan.
Ainizahnor antara 1,500 penerima sumbangan sempena program Ziarah Kasih Ramadan anjuran Yayasan Tabung Haji dan UMNO yang disampaikan Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim baru-baru ini.
Ditanya bagaimana dia meneruskan kehidupan tanpa suami selain tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga anak istimewanya, Ainizahnor berkata, dia bersyukur kerana turut dibantu anak perempuan sulung berusia 23 tahun yang bekerja di kedai pakaian di Seksyen 17 di sini.
“Walaupun gajinya tidak seberapa tapi Alhamdulillah dapat sedikit sebanyak membantu kami anak-beranak menyara kehidupan. Tambahan pula saya turut terima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor kira-kira RM250 setiap bulan untuk membeli lampin, susu, nestum dan sebagainya.
“Saya juga bersyukur setiap tahun menerima sumbangan Yayasan Tabung Haji melalui program Ziarah Kasih Ramadan dan ini merupakan tahun ketiga saya menerima sumbangan ini,” katanya yang menetap di Seksyen 19.
Ditanya mengenai sambutan Aidilfitri, ibu tunggal itu berkata, mereka sekeluarga menyambutnya secara sederhana namun persalinan baju raya turut disediakan untuk Muhamad Raif supaya anak kesayangannya dapat merasai kegembiraan seperti kanak-kanak lain.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s5KsOc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment