Radar Yang Dilaporkan Hilang Tiba Di Belanda
PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan laporan bahawa kontena mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi telah hilang di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor Bahru.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk T. Subromaniam berkata kontena tersebut sebenarnya telah tiba ke destinasi yang dituju iaitu Pelabuhan Rotterdam, Belanda.
“Siasatan sedang dijalankan oleh JKDM sebenarnya menjurus kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalaman ketika melepaskan dagangan yang memerlukan permit di bawah Akta Perdagangan Strategik (STA) 2010,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan hari ini melaporkan kontena mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi dalam perjalanan dari Australia ke Belanda telah hilang ketika transit di PTP. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sq4wu5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment