Polis Baik Hati Beri Wang dan Bawa Gelandangan Tinggal di Motel Ketika Raya
Pernahkah anda terfikir bagaimana golongan gelandangan menyambut Hari Raya Aidilfitri?
Mungkin bagi mereka yang kurang bernasib baik, Aidilfitri tidaklah segembira mana. Malah baru-baru ini, seorang lelaki gelandangan yang tiada tempat untuk berteduh telah bercadang untuk mencari perlindungan di balai polis Setapak.
Sumber: The StarMenurut The Star, Johan Iskandar Dean Salter, 36, telah berjalan kaki sejauh 3.5 km dari tempat perlindungan gelandangan dekat Hospital Kuala Lumpur pada Ahad malam ke balai polis tersebut kerana dia tidak mempunyai tempat tinggal.
Menyedari akan nasib lelaki ini, ketua balai polis Setapak, Asisten Supritendan Wee Bee Seng telah melakukan sesuatu yang lebih besar dari membenarkan lelaki malang tersebut tinggal di situ.
Dia memberitahu saya yang dia berjalan dari sana hingga ke balai polis ini dan meminta jikalau dia boleh bermalam di sini. Dia akan pergi pada pagi nanti untuk mencari kerja. Dia juga memberitahu bahawa dia masih belum makan, oleh itu kami beri dia makanan.”
Tapi bukan itu saja yang dilakukan ASP Wee. Malah menurutnya, “Kami juga beri dia sedikit wang dan tempatkan dia di sebuah motel bajet untuk tiga hari. Harapnya ia mampu ringankan beban yang ditanggung dan dia akan mendapat pekerjaan.”
Baiknya hati abang polis!
ASP Wee juga terkenal dengan sikap bertimbang rasa. Dia telah mengaturkan cuti selama dua hari bagi semua anggota polis beragama Islam supaya mereka dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan sahabat.
Malah dia juga mengambil berat akan keselamatan anggotanya dengan serius dan memastikan pasukannya dibantu oleh ahli Rela dan Kor Rizab Sukarelawan Polis.
“Walaupun tidak semua dapat mengambil cuti panjang untuk pulang ke kampung halaman mereka, tapi sekurang-kurangnya mereka dapat meluangkan cuti dua hari untuk menyambut Raya,” jelasnya.
Gambar hiasanKetua polis itu juga tidak kisah dalam membantu ahli pasukannya yang lain dalam melakukan tugas remeh temeh seperti mengisi borang laporan ketika mereka kekurangan staf meskipun dia sudah tidak melakukan hal tersebut buat sekian lama.
Anggota pasukan yang lain juga pada masa yang sama menyokong keputusan ketua mereka dan bersetuju bahawa rakan sekerja Muslim patut diberikan cuti bersempena Hari Raya Aidilfitri ini oleh kerana mereka jarang mendapat cuti. Inilah semangat muhibbah yang kita mahukan!
Tahniah ASP Wee kerana menjadi contoh yang baik buat anggota polis yang lain. Barulah 1Malaysia kan!
Baca: Polis Trafik Dirakam Terima Rasuah Ketika Berjabat Tangan Dengan Lelaki Yang Ditahan
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tstgGU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment