Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki 'serang' balai polis dengan pisau, namun anggota polis ini berjaya menenangkannya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki 'serang' balai polis dengan pisau, namun anggota polis ini berjaya menenangkannya


BANGKOK, THAILAND - Seorang lelaki yang terdesak, memasuki sebuah balai polis di Bangkok dengan membawa sebilah pisau yang besar di tangannya. 

Anggota polis, Anirut Malee, yang berada di balai pada ketika itu tenang dan tidak menggunakan pistolnya untuk menangani situasi itu. Sebaliknya, Anirut memilih untuk duduk di meja berhampiran dan mula bercakap dengan lelaki terbabit. 

Dalam masa yang sama, Anirut dengan tenang cuba meminta lelaki terbabit yang masih menghunus pisau ke arahnya untuk menyerahkan pisau itu. Tanpa disangka, lelaki itu menuruti arahan Anirut dan serta-merta menyerahkan senjata tersebut. 

Setelah pisau itu diserahkan, Anirut perlahan-lahan menghampiri lelaki itu dan memberikan pelukan kepada lelaki berusia lingkungan 45 tahun itu yang menangis teresak-esak.

Selepas berjaya memeluk dan menenangkannya, Anirut segera melemparkan pisau itu arah kanan. Lelaki itu berulang kali memohon maaf kepada semua anggota polis yang berada di balai berkenaan. 

Melihat lelaki itu berada dalam keadaan tertekan, Anirut sekali lagi cuba menenangkan dan memberinya sebotol air mineral. 

"Dia sebelum ini pernah menjadi ahli muzik, tetapi kini dia baru saja bekerja sebagai pengawal keselamatan selama tiga hari dan belum mendapat gaji harinya. 

"Punca sebenar kejadian ini ialah gitar kesayangan dia telah dicuri, menyebabkan dia sangat tertekan lalu mengambil tindakan tersebut. 

"Saya dengar luahannya dan bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap dirinya. Dan saya juga berkata saya ada gitar dan akan diberikan kepada dia selain mencadangkan kami patut keluar makan bersama selepas ini," kata Anirut. 

Lelaki yang tidak dinamakan itu kemudian dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental. 

Difahamkan, tiada sebarang dakwaan yang akan dikenakan terhadap lelaki terbabit. 


Video yang dimuat naik oleh Newsner.com itu pada jam 9.26 malam semalam telah ditonton 53 juta kali, 771 ribu likes dan dikongsi sebanyak 1,193,042 kali oleh pengguna Facebook. 


Sumber : GengViral

Sumber :

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sl639j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.