Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRU 14 Ramai Pemimpin Pembangkang Akan Ditahan - Tun M - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRU 14 Ramai Pemimpin Pembangkang Akan Ditahan - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini sering menyerang Datuk Seri Najib Razak isu 1MDB dan salah guna kuasa, menjangkakan Datuk Seri Najib Razak akan menahan pemimpin pembangkang

Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini sering menyerang Datuk Seri Najib Razak isu 1MDB dan salah guna kuasa, menjangkakan Datuk Seri Najib Razak akan menahan pemimpin pembangkang ketika pilihan raya umum ke-14 nanti.

Menurut laporan Malaysiakini, "Dari episod ini kita dapat jangkakan yang Najib akan bertindak untuk menghancurkan pembangkang dan menakutkan rakyat semasa pilihan raya umum ke-14.

"Terdapat beberapa tanda atau usaha untuk membina kes bagi menangkap dan menahan pemimpin pembangkang. Penahanan pemimpin pembangkang akan mengucar-ngacirkan parti.

"Memang tindakan itu akan menyebabkan rakyat marah tetapi ramai yang akan berasa takut untuk mengundi pembangkang.

"Mereka percaya yang Najib akan dapat tahu dan tindakan akan diambil terhadap mereka. Tanpa pemimpin mereka tidak akan tahu apa yang harus dilakukan," kata beliau dalam blognya hari ini.

Dalam keadaan begitu, kata Dr Mahathir, undi untuk pembangkang akan merosot.

Semasa ketiadaan pemimpin, kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu, Najib boleh merasuah rakyat dan pekerja parti semahu hatinya.

"Mereka akan melakukan semua perkara yang melanggar undang-undang menurut kehendaknya. Duit akan mengalir tanpa batas.

"Pekerja pilihan raya dan juga pegawai mungkin akan menyalaharahkan pengundi, dan undian akan dimanipulasi. Ramai yang tidak akan boleh buang undi sama sekali," kata beliau lagi.

Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu juga mendakwa Malaysia kini sudah menjadi "negara polis".

"Ketua Polis Negara mungkin tidak bersetuju tetapi Malaysia telah pun menjadi negara polis atau “police state”. Tidak ada peraturan undang-undang.

"Sama ada arahan itu bertentangan undang-undang negara atau tidak, polis telah menunjukkan yang mereka bersedia menjalankannya.

"Mereka akan tahan pemimpin pembangkang walaupun sedar yang mereka ini tidak pun melakukan apa-apa kesalahan.

"Mereka akan menganggu gugat orang, memanggil untuk disoal siasat dan diancam. Kesemua ini telah dilakukan dan ianya dilakukan dengan persetujuan ketua polis negara," katanya.

Dr Mahathir kemudian menggesa rakyat untuk menolak Najib pada PRU ke-14 ini walaupun tokoh pembangkang ditahan.

"Saya sedar yang pemimpin-pemimpin pembangkang sedang dijerut. Tetapi saya merayu kepada semua rakyat Malaysia; Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut Bajau dan lain-lain tolaklah Najib di pilihan raya umum ke-14 walaupun pemimpin pembangkang dimasuk di dalam penjara.

"Ini adalah negara negara kita. Kita dilahirkan di sini. Kita dibesarkan di sini. Kita telah merasai kehidupan yang baik di sini, mendapat pendapatan yang halal dari pekerjaan yang dilakukan dan perkhidmatan yang diberikan.

"Selamatkanlah negara ini daripada dihancurkan dan diranapkan sama sekali oleh Najib dan ketamakan kleptokrat-kelptokratnya," kata Dr Mahathir menamatkan catatannya. - Sumber: Malaysiakini

loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sUQgNc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.