Hi! Welcome Back and Stay Tune! KKM Siasat Insiden Pil ‘Facebook’ – Subramaniam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KKM Siasat Insiden Pil ‘Facebook’ – Subramaniam



PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan akan menyiasat insiden seorang wanita yang dikatakan mati otak selepas mengambil sejenis pil ecstacy yang dipanggil ‘Facebook’ di Johor.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai insiden itu tetapi menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan yang tidak diiktiraf oleh kementerian itu.

“Kami belum menerima laporan mengenai kejadian itu, tetapi kita akan melakukan siasatan dan dapatkan maklumat lanjut mengenai isu ini. Perkara ini di luar bidang perubatan, ia di bawah bidang kuasa polis.

“Pengambilan sebarang bentuk pil atau dadah adalah atas risiko individu itu sendiri. Bagaimanapun, saya ingin menasihatkan orang ramai supaya hanya mengambil ubat-ubatan yang mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK),” katanya pada sidang media pengenalan pemain baharu Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai seorang wanita mati otak selepas mengambil pil ecstacy di sebuah kelab malam, di Johor.

Subramaniam, yang juga penasihat MISC-MIFA, berkata pihaknya juga sentiasa menitikberatkan jenis ubat dikeluarkan, sama ada selamat dimakan, diuji dan diiktiraf oleh farmaseutikal. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqg943

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.