Teruja Raya ‘Bertiga’
Tahun ini merupakan tahun ketiga Ramona Zamzam dan suaminya, Rami Alashkar, menyambut Aidilfitri bersama. Bezanya, tahun ini pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2015 ini lebih teruja kerana mereka meraikan Syawal ‘bertiga’.
Ramona yang kini hamil empat bulan berkata, walaupun hanya membuat persiapan raya secara sederhana namun dia dan Rami tetap merasai kemeriahan lebih-lebih lagi ketika ini mereka berdua gembira bakal menyambut cahaya mata sulung yang dijangka lahir sekitar November.
“Teruja sebab tahun ini saya hamil. Kami pulang beraya di kampung ibu saya di Ipoh, Perak.
“Disebabkan sudah tiga tahun suami saya beraya di sini, jadi dia tak kekok menyabut raya cara kita. Cuma dia masih belajar lagi cara buka ketupat.
“Dia sangat suka makan ketupat dengan rendang daging,” dedah Ramona mengenai gelagat suaminya yang berasal dari Palestin.
Berkongsi mengenai kesihatan dirinya, Ramona berkata dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan sepanjang kehamilan. Bagaiamanapun, dia mengalami beberapa perubahan ketara terutama dari segi citarasanya terhadap menu makanan serta mendapat tabiat kuat tidur.
“Alhamdulillah, saya tidak mengalami alahan tetapi yang lucunya saya jadi kuat tidur dan citarasa makan saya bertukar dengan citarasa suami.
“Misalnya selama ini saya memang lebih suka makanan Melayu seperti nasi campur dengan tom yam, saya suka manisan. Tapi sekarang selera saya ikut macam selera suami, suka makan salad, buah-buahan. Selera kami jadi terbalik pula,”
“Saya tidak pula mengidam yang pelik-pelik. Tapi pantang kalau skroll instagram dan namapka makanan yang sedap, mula lah saya teringin,” katanya sambil tertawa.
Bekas finalis Dewi Remaja 2009/10 ini memberitahu, buat masa ini dia banyak berehat di rumah dan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon.
“Saya cepat penat dan letih. Disebabkan itu, saya terpaksa tolak beberapa tawaran berlakon. Mujurlah produksi memahami keadaan saya sekarang,” katanya.
Sementara itu, Ramona terlibat dengan satu program khas raya iaitu Perang Bibir Raya yang ditayangkan pada hari raya pertama di TV3.
The post Teruja Raya ‘Bertiga’ appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2spkwfu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment