Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keberkesanan Paracetamol Kini Diragui Berdasarkan Sumber Internet - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keberkesanan Paracetamol Kini Diragui Berdasarkan Sumber Internet

Keberkesanan Paracetamol Kini Diragui Berdasarkan Sumber Internet

Paracetamol jenama Panadol antara ubat yang popular digunakan di negara ini yang berupaya merawat sakit kepala dan demam. (Gambar: Panadol Caring Expert - Facebook)

Paracetamol merupakan salah satu daripada ubat yang digunakan secara meluas di dunia termasuk Malaysia. Ia terbukti secara klinikal untuk merawat demam, sakit-sakit ringan dan sederhana dalam kalangan orang ramai.

Sejak 60 tahun lalu, paracetamol dianggap sebagai salah satu keperluan asas oleh masyarakat negara ini. Malah, ia menjadi kemestian di simpan di dalam setiap almari di hampir setiap rumah.
 

BAGAIMANA PARACETAMOL BERFUNGSI?

Walaupun paracetamol telah digunakan secara meluas sejak berpuluh tahun lalu, ramai masih kurang memahami bagaimana paracetamol berfungsi dalam menyihatkan tubuh badan manusia. Paracetamol menghalang pengeluaran prostaglandin iaitu bahan yang dibebaskan sebagai tindak balas kepada kecederaan atau keradangan.

Apabila ubat itu dihadam, paracetamol akan di serap ke dalam aliran darah dan menghalang pengeluaran prostaglandin. Ia mengakibatkan badan seseorang jadi kurang peka kepada kesakitan atau kecederaan.  

Apa yang jelas, paracetamol terbukti melegakan kesakitan dan demam dengan berkesan selain kurang mempunyai kesan sampingan jika diambil mengikut dos yang disyorkan.
 

ADAKAH WUJUD PARACETAMOL TIDAK SELAMAT?

Salah sebuah syarikat farmaseutikal terkemuka, GlaxoSmithKline (GSK) bagaimanapun kesal dengan cubaan pihak tertentu mempertikaikan keselamatan dan keberkesanan paracetamol menerusi laman-laman sesawang dan media sosial.

GSK dalam satu kenyataan terbaru menyatakan maklumat itu telah menjejaskan tanggapan awam tentang ubat pelega kesakitan dan demam memandangkan kepantasannya dipaparkan, dikongsi, diberi ‘hashtag’ dan di ’tweet' semula menerusi platform media sosial.

"Maklumat tidak tepat ini berpotensi untuk disebarkan dan mempengaruhi pandangan dan kepercayaan umum dengan pantas sekali.

"Salah satu mitos ialah paracetamol kekal di dalam badan kita lebih daripada 24 jam. Satu lagi cerita yang baru-baru ini tersebar mendakwa paracetamol boleh kekal dalam badan kita sehingga lima tahun selepas di makan.

"Sebenarnya, paracetamol terurai secara menyeluruh di dalam badan, dengan separuh hayat plasma (masa yang diperlukan bagi paracetamol dikurangkan sebanyak separuh dalam plasma darah) 1.5 sehingga 2.5 jam.

"Walaupun kadar paracetamol terurai bergantung kepada usia dan dos, kajian mendapati apabila di ambil mengikut dos yang disyorkan, paracetamol disingkirkan daripada badan dalam tempoh 24 jam bagi mereka yang sihat," katanya.

Doktor mengenal pasti semakin ramai individu mendapatkan nasihat perubatan menerusi Internet.

KOMEN PENGAMAL PERUBATAN

Presiden Persatuan Kajian Kesakitan Malaysia, Dr Mary Cardosa berkata, paracetamol adalah sejenis analgesik (penahan sakit) dan boleh digunakan sebagai ubat ‘rawatan utama’ untuk sakit ringan dan sederhana.

Menurutnya, paracetamol jarang menyebabkan kesan negatif dan jarang timbul laporan tentang kesan sampingannya tetapi kini artikel dan cerita yang mempertikaikan keselamatan paracetamol kian tersebar.

"Maklumat yang salah ini boleh menyebabkan kesan negatif kepada cara orang ramai dalam menilai ubat yang sudah terbukti ini. Mitos ini perlu dikenal pasti dan di banteras untuk kebaikan umum,” katanya dalam kenyataan sama.

Pengarah Perubatan Kawasan Asia Tenggara, Jepun dan Korea GSK Consumer Healthcare, Dr Thravin Nathan  pula berkata, GSK sebagai syarikat penjagaan kesihatan terkemuka bertanggungjawab dalam menyediakan pelega kesakitan kepada orang ramai.

Jelasnya, GSK bertanggungjawab untuk memastikan orang ramai diberi maklumat yang betul, tepat secara saintifik dan berasaskan fakta tentang paracetamol untuk memastikan ia digunakan dengan sewajarnya dan bertanggungjawab.

Sementara itu, Pengerusi dan Pengasas MedTweetMY iaitu sebuah portal Twitter, yang dikendalikan oleh doktor-doktor, Dr Khairul Hafidz berpandangan semakin ramai individu mendapatkan nasihat perubatan menerusi Internet.

Justeru, beliau menasihati masyarakat negara ini perlu mempunyai satu sumber bagi memberikan maklumat perubatan yang tepat dari sudut saintifik sekali gus membanteras mitos perubatan yang menular di laman sesawang yang tidak tepat pada fakta sebenar.

"Kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyemak sumber maklumat mereka sebelum berkongsi dengan orang lain kerana tindakan mereka boleh mengelirukan orang lain dalam membuat keputusan,” katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u1p51H

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.