Hi! Welcome Back and Stay Tune! KM: SARAWAK MAHU TUBUH SYARIKAT SENDIRI, TEROKA MINYAK DAN GAS DI PERAIRAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KM: SARAWAK MAHU TUBUH SYARIKAT SENDIRI, TEROKA MINYAK DAN GAS DI PERAIRAN

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Sarawak merancang untuk menubuhkan syarikat minyaknya sendiri untuk mengambil bahagian dalam kegiatan penerokaan minyak dan gas di perairan Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, beliau telah membincangkan perkara itu dengan Petronas dan mendapat respon yang positif, khasnya untuk kegiatan  huluan minyak dan gas, selain daripada hiliran.

“Saya telah berbincang dengan Petronas, kita mengambil pendekatan baharu, Sarawak akan ambil bahagian dalam kegiatan huluan minyak dan gas, selain daripada hiliran, huluan ini adalah pertama kali di mana kita akan tubuh syarikat kerajaan negeri untuk bersama-sama Petronas di dalam meneroka dan mengambil gas dan minyak di laut dekat Sarawak.

“Kita tubuh dulu syarikat kita, di mana kita akan bersama-bersama Petronas untuk menjalankan Kontraktor Pengaturan Petroleum dengan kontraktor yang akan mengambil minyak,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anak-anak Sarawak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Beliau berkata, syarikat 100 peratus milik kerajaan negeri itu akan mempunyai entitinya sendiri dan akan berpangkalan di Sarawak.

Menurutnya, sebelum ini syarikat minyak dan gas dari Sarawak hanya terbabit dalam kegiatan hiliran yang melibatkan industri minyak dan gas di Bintulu dengan anggaran pelaburan US$2 bilion.

— Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2saEfTY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.