Hi! Welcome Back and Stay Tune! Murid maut cedera di kepala ketika bermain mercun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Murid maut cedera di kepala ketika bermain mercun

KUCHING: Seorang pelajar lelaki berusia 12 tahun maut akibat kecederaan di kepala selepas berlaku letupan kuat ketika dia bermain mercun di Kampung Bintawa Hilir dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata kejadian berlaku kira-kira 12.15 malam apabila bapa budak lelaki itu terdengar letupan kuat di luar luar dan mendapati anaknya itu terbaring dan tidak bernyawa.

Ketika itu Haiqal Hakim Zolpaka pelajar Sekolah Kebangsaan Matu Baru dikatakan bermain mercun seorang diri di luar kediaman ibu bapanya, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

"Orang ramai kemudian telah bertindak mengangkat mayat mangsa ke dalam rumah sementara menunggu polis sampai," katanya.

Abang Ahmad berkata siasatan awal polis mendapati Haiqal Hakim bermain mercun di luar rumah seorang diri sebelum itu.

"Pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan pada kepala si mati. Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak (Kecuaian Ibu Bapa).

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t8QIJ1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.