Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna Celcom mengamuk, alami gangguan perkhidmatan sejak pagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna Celcom mengamuk, alami gangguan perkhidmatan sejak pagi

Media sosial pada pagi Selasa kecoh dengan kebanyakan pelanggan Celcom berang kerana mengalami masalah gangguan perkhidmatan rangkaian komunikasi mereka.

Pengguna Celcom mengamuk, alami gangguan perkhidmatan sejak pagi

Pengguna Celcom mengamuk, alami gangguan perkhidmatan sejak pagi

Laman sosial syarikat telekomunikasi itu dihujani aduan dan rungutan pelanggan lebih-lebih lagi ia berlaku pada hari pertama bekerja selepas cuti umum dan cuti hujung minggu.

Sebahagian pelanggan Celcom mengadu mereka mengalami gangguan rangkaian sejak awal pagi Selasa.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian Celcom menerusi satu kenyataan di Facebook mengakui terdapat gangguan rangkaian yang berpunca daripada kerja-kerja menaik taraf yang bermasalah.

 

“Kami dukacita ingin memaklumkan terdapat gangguan rangkaian bermula 7 pagi yang menjejaskan perkhidmatan membuat dan menerima panggilan di seluruh negara,” katanya.

Menurut Celcom, pasukan teknikal telah menangani masalah gangguan itu pada pukul 9.30 pagi Selasa dan perkhidmatan di Semenanjung kembali pulih seperti biasa.

“Manakala (perkhidmatan) di Malaysia Timur pula akan pulih secara beransur-ansur dalam tempoh sejam berikutnya.

“Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan. Terima kasih,” menurut kenyataan itu.

Penjelasan Celcom bagaimanapun mendapat kritikan segelintir netizen yang mempersoalkan mengapa kerja-kerja penyelenggaraan tidak dilakukan pada hari cuti dan gangguan rangkaian berlaku pada waktu puncak hari pertama bekerja.

Namun pada masa sama, ramai netizen berterima kasih kepada syarikat telekomunikasi itu yang dapat menangani isu tersebut bagi membolehkan pelanggan menggunakan perkhidmatan seperti biasa.

Sumber: Mstar



Sumber Pengguna Celcom mengamuk, alami gangguan perkhidmatan sejak pagi

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2th6sWB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.