Hi! Welcome Back and Stay Tune! Program agama Islam tulang belakang Wanita UMNO - Shahrizat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Program agama Islam tulang belakang Wanita UMNO - Shahrizat

KUALA LUMPUR: Wanita UMNO akan terus menjadikan program berteraskan agama Islam sebagai tulang belakang pergerakan itu, ujar Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Jelas beliau, langkah itu bagi memperoleh keberkatan di sebalik kesibukan dalam berpolitik.

"Saya minta kepada semua pemimpin bermula dari cawangan, bahagian dan peringkat negeri untuk menentukan kita meneruskan program-program bermirip kepada agama, kerana dalam UMNO kita ada tiga teras perjuangan iaitu agama, bangsa dan negara.

"Jadi, kita mesti pastikan program agama menjadi tulang belakang," katanya kepada media selepas majlis Tadarus Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Mu'adz Bin Al-Jabal di Setiawangsa, di sini hari ini.

Tambah Shahrizat, budaya politik yang diamalkan Wanita UMNO juga adalah berbentuk kemasyarakatan.

"Program itu adalah seperti Skuad Sayang, Jalinan Rakyat untuk program kemasyarakatan dan politik, sebab politik kita politik kemasyarakatan," kata beliau lagi.

Pada masa sama, beliau juga akan meminta pengerusi-pengerusi Skuad An-Nur negeri untuk memulakan program tafsiran Al-Quran.

"Kita buka (penyertaan) bukan sahaja kepada ahli Wanita UMNO, tetapi untuk semua rakyat tempatan yang berminat, mereka boleh menyertai Skuad An-Nur kerana amat mustahak untuk kita memahami tafsiran Al-Quran," ujarnya.

Skuad An-Nur Wanita UMNO dilancarkan pada Julai 2014 sebagai landasan untuk wanita Islam lebih mengeratkan hubungan silaturahim, sekali gus menjauhkan diri daripada perbalahan sesama sendiri.

Tumpuan skuad itu adalah untuk mengumpulkan semua penggiat ilmu agama, tokoh-tokoh agama dan cendekiawan yang terdiri daripada golongan wanita untuk menjadi perantara dalam membina kekuatan wanita Islam seluruh negara.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2riZu1W

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.