Hi! Welcome Back and Stay Tune! Reman 4 'Datuk' disyaki terlibat rasuah disambung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Reman 4 'Datuk' disyaki terlibat rasuah disambung

PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret di sini membenarkan tempoh reman empat individu bergelar 'Datuk' disambung enam hari lagi bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan koperasi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Perintah dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di mahkamah tersebut hari ini.

Manakala sepasang suami isteri yang direman bersama empat 'Datuk' terbabit bagi membantu siasatan kes sama, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM10,000 masing-masing dengan dua penjamin.

Sebelum ini SPRM menahan reman enam individu terbabit yang berusia 42 hingga 68 tahun selama lima hari, berakhir hari ini.

Mereka adalah Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Telekom Malaysia (Kotamas) terdiri daripada pengerusi, setiausaha, bendahari, seorang anggota lembaga koperasi dan isterinya, selain seorang seorang pemilik syarikat pembekal.

Kesemua mereka ditahan di sekitar Lembah Klang pada Selasa lepas kerana disyaki memperdaya lebih 450 anggota lembaga koperasi itu dengan mendaftarkan mereka ke dalam sebuah syarikat jualan langsung (MLM).

Tindakan berkenaan menghasilkan komisyen ratusan ribu ringgit bagi anggota-anggota lembaga berkenaan.

Kes disiasat mengikut Sekysen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2renDLB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.