Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rempuhan Amsterdam Tiada Kaitan Keganasan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rempuhan Amsterdam Tiada Kaitan Keganasan

AMSTERDAM – Seorang pemandu ditahan di ibu negara Belanda pada Sabtu selepas kereta yang dipandu merempuh dinding stesen kereta api utama di bandar tersebut sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang cedera.

Polis Belanda mengesahkan dalang kejadian itu telah ditahan dan disiasat tetapi mendapati tindakan pemandu terbabit dilakukan secara tidak sengaja.

Malah pihak polis menolak kemungkinan bahawa insiden itu mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan.

Dua mangsa mengalami kecederaan serius dan dipindahkan ke sebuah hospital tempatan manakalan selebihnya dirawat di lokasi kejadian.

Menurut laporan Dutchnews, kejadian itu bermula apabila pemandu berkenaan dihampiri oleh anggota polis kerana meletakkan kereta di kawasan yang tidak dibenarkan di stesen tersebut.

Apabila polis meminta lesen, pemandu itu secara tiba-tiba cuba melarikan diri dan merempuh beberapa orang awam sebelum melanggar dinding stesen tersebut.

Kawasan depan stesen itu ditutup buat sementara tetapi operasi perkhidmatan kereta api tidak terjejas kerana penumpang masih boleh menggunakan pintu di bahagian tepi bangunan tersebut. – mStar Online

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rek6Nl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.