Hi! Welcome Back and Stay Tune! Resepi Tepung Pelita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Resepi Tepung Pelita

Dikongsikan oleh Laman FB Resepi Online. Hidangan adalah untuk 15 bekas kecil (yang orang letak tapai tu)

 

Bahan Untuk Bahagian bawah

Foto: Resepi Online

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
5 helai daun pandan diblend dengan sedikit air
1 sudu makan air kapur
Pewarna hijau 1 sudu kecil

Campur semua bahan dan tapis. Masak atas api sederhana. Sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah agak nak pekat, perlahankan api dan kacau sehingga nampak berkilat dan keluar gelembung besar meletup2. Tutup api dan masukkan dalam acuan.

Gelembung-gelembung yang meletup-letup.

Tips: apabila adunan dah mula pekat, perlahankan api ye untuk mengelakkan dari berketul-ketul. Sebab bila dah berketul-ketul, tak boleh dah nak bagi licin semula dan kueh tepung pelita kita nanti tu jadi tak cantik dan tak licin permukaannya.

Bahan Untuk Bahagian atas

Foto: Resepi Online

4 sudu besar tepung beras
4 cawan santan
Garam 2 sudu kecil

Campur semua bahan dan tapis. Masak atas api sederhana dan sentiasa dikacau agar tidak berketul. Sambil tu letakkan 1/2 sudu kecil gula di atas lapisan hijau tadi. Apabila adunan sudah pekat dan ada gelembung meletup-letup, tutup api. Dan tuangkan ke atas lapisan hijau yang diletak gula tadi. Tunggu sejuk dan masukkan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak.

Tips: Gula yang kita letak atas lapisan hijau tu akan cair dengan sendiri. Jadi bila kita makan, akan rasa air gula seperti kueh tepung pelita yang selalu di jual tu. Kalau suka banyak air gulanya, letak 1 sudu kecil gula. Tetapi jangan banyak sangat takut nanti jadi sira tepung pelita plak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sC7NqH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.