Hi! Welcome Back and Stay Tune! Semarakkan semangat perpaduan - MB Terengganu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Semarakkan semangat perpaduan - MB Terengganu

KUALA TERENGGANU: Semarakkan semangat perpaduan dengan meneruskan amalan kunjung mengunjungi sesama saudara, jiran tetangga dan sahabat handai pada perayaan Aidilfitri ini, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

"Teruskan amalan sebegini dengan minda terbuka kerana ia menepati maksud dan hasrat kerajaan melalui prinsip ke-7 (Seruan Perpaduan) dalam gagasan Transformasi Terengganu Baharu (TTB).

"Inilah keistimewaan dan keunikan hidup bermasyarakat di negara kita. Warisan ini bukan sekadar adat, malah sebahagian daripada tuntutan agama. Tunjukkan kepada mereka betapa indahnya agama Islam," katanya dalam perutusan Aidilfitri di sini hari ini.

Beliau berkata isu remeh temeh yang boleh merenggangkan hubungan tali persaudaraan sesama sendiri perlu diketepikan bagi memastikan khidmat kepada masyarakat khususnya golongan muda dapat dipertingkatkan.

"Bersempena Syawal yang mulia ini molek rasanya kita bina azam baharu yang boleh merancakkan lagi tawaran perkhidmatan untuk rakyat. Pamerkan contoh yang baik untuk diteladani oleh generasi "Gen T" iaitu pelapis perencana kegemilangan masa depan negara," katanya.

Dalam pada itu, menteri besar menasihatkan mereka yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Puasa esok agar sentiasa bersabar dan mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelak sebarang tragedi 'air mata' di Aidilfitri.

"Lambat sampai ke destinasi tidak mengapa, asalkan selamat bertemu orang tersayang. Biarlah pelukan rindu pada hari raya tahun ini diiringi linangan air mata gembira bukannya berduka," katanya

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sNjKes

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.