Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siti Kasim didakwa halang tugas Jawi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siti Kasim didakwa halang tugas Jawi

 Peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali Siti Kasim, 54, semalam didakwa kerana menghalang proses keadilan semasa serbuan pada satu acara transgender, April tahun lepas.

Serbuan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua setengah jam selepas acara bermula.

Mengikut kertas pertuduhan, Siti Kasim didakwa dengan sengaja menghalang Siti Nor Jihan Saleh @ Md Ghazali, 36, untuk menjalankan tugas di dewan tingkat 2, hotel tersebut, pada jam 10.30 malam, 3 April 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Siti Kasim mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid dan mohon kes itu dibicarakan.

Ahmad Solihin mengarahkan sebutan kes pada 22 Ogos selepas tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM3,000.

The post Siti Kasim didakwa halang tugas Jawi appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rOGglB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.