Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terengganu sumbang petrol percuma kepada 1,500 penunggang motosikal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terengganu sumbang petrol percuma kepada 1,500 penunggang motosikal

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 1,500 penunggang motosikal menikmati minyak petrol secara percuma yang disumbangkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di stesen minyak Shell Kampung Duyong, Seberang Takir dekat sini hari ini.

Program Jom Isi Minyak Motor Raya Cikgu Razif Belanja selama dua jam itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada anak tempatan sempena menyambut Syawal esok.

Ia dianjurkan buat julung kalinya atas atas inisiatif Penyelaras Pergerakan Pemuda UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir dan melibatkan kos keseluruhan RM7,500 dengan setiap penunggang menikmati minyak percuma bernilai RM5.

Pengerusi penyelaras itu, Nik Mohd Faridzal Nik Jaafar berkata bagi menjayakan program isi minyak percuma itu, beberapa ahli jawatankuasa penyelaras pergerakan Pemuda UMNO berkenaan ditugaskan di situ melibatkan tiga hingga empat pam minyak.

"Ini merupakan program julung kali kita adakan untuk bantu orang ramai khususnya penunggang motosikal mengisi minyak secara percuma. Kita akan jadikan program ini sebagai tradisi setiap kali menjelang perayaan pada tahun-tahun akan datang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya pada sebelah pagi tadi, Menteri Besar turut menyempurnakan program Gunting Rambut Raya Cikgu Razif Belanja melibatkan 27 tukang gunting di sekitar DUN Seberang Takir.

Jelas beliau, program itu turut mendapat sambutan menggalakkan apabila kira-kira 10,000 orang dari golongan kanak-kanak hingga dewasa memanfaatkan peluang menggunting rambut secara percuma itu melibatkan 15 buah kedai.

"Setiap tukang gunting dikehendaki menggunting rambut 20 orang, setiap tukang gunting dibayar RM200 untuk kendalikan 20 pelanggan," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4Hu0f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.