Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ulam rahsia sihat warga emas berusia 102 tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ulam rahsia sihat warga emas berusia 102 tahun

KULIM: Mendakwa usianya 102 tahun, seorang warga emas di sini bukan sahaja mampu menguruskan diri sendiri dengan baik tetapi juga memiliki daya ingatan yang masih kuat yang dipercayainya hasil amalan makan ulam-ulaman sejak muda.

Siti Zahrah Wahab dari Kampung Tanjung Belit, Sidam Kanan, Padang Serai yang lebih dikenali sebagai 'Tok Bok', dipercayai penduduk tertua di kampung itu. dari Kampung Tanjung Belit, Sidam Kanan, Padang Serai yang lebih dikenali sebagai 'Tok Bok', dipercayai penduduk tertua di kampung itu.

"Tok berjalan gunakan tongkat... penglihatan tok semakin berkurangan tetapi masih boleh melihat dengan jelas dari jarak dekat. Kalau tengah hari panas tok kena pakai cermin mata yang gelap untuk atasi masalah silau mata," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya.

Berdasarkan tarikh lahir yang tercatat pada kad pengenalannya, Siti Zahrah dilahirkan pada 1925 namun katanya ketika pendaftaran dokumen pengenalan diri dibuat, umurnya 'dimudakan' 10 tahun.

Selain mampu berjalan sendiri tanpa bantuan orang lain, warga emas ini juga masih mampu bertutur dengan jelas.

Dia yang mempunyai empat anak hasil daripada dua perkahwinan berkata anak sulungnya bernama Yazid Bakar dan sudah berusia 82 tahun.

"Tok berkahwin kali pertama ketika berumur 18 tahun dan dikurniakan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang anak perempuan manakala untuk perkahwinan kali kedua tok dikurniakan seorang anak perempuan," katanya menambah kedua-dua bekas suaminya yang berkongsi nama Bakar masih ada.

Siti Zahrah yang mempunyai sembilan cucu dan 15 cicit serta piut, kini tinggal bersama anak keduanya, Zubaidah, 75.

"Ibu saya ini dia mudah ingat di mana dia letak barang-barangnya. Kalau dia perlukan barang-barang itu dia sendiri pergi ambil di situ. Cuma dia ada masalah pendengaran, kalau hendak bercakap dengan dia, seseorang itu kena bercakap dengan kuat," kata Zubaidah.

Katanya sekarang ibunya sudah kurang mengambil ulam-ulaman disebabkan mengalami masalah perut yang sensitif dengan makanan pedas.

"Ibu saya kalau hendak makan ulam mesti diregukan dengan sambal belacan,tetapi sekarang perutnya sering rasa pedih kalau makan sambal belacan. Jadi dia banyak makan nasi bersama sayur-sayuran dan ikan sahaja," kata Zubaidah, seorang ibu tunggal yang menampung hidup mereka berdua dengan pendapatan RM270 sebulan sebagai pekerja am.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4mFSy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.